Friday, March 15, 2013

Cola


BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA)

PEKELILING 001 -
Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)
dan...80 penutup botol Coca-Cola... .

.. Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!!

Dah! Pergi wat keja... kalau pasal duit semua mata sanggup baca sampai habis ekk..."

Demang percaya, berderau darah Anwar Ibrahim apabila membaca mesej gurauan yang Demang terima melalui Whatsapp sebentar itu tadi.

Maklumlah, pengumuman-pengumuman sebelum ini menyaksikan rakyat yang pernah simpati pada pembangkang semakin ramai yang kembali menyebelahi kerajaan.

Kalau lah tidak disebabkan isu Lahad Datu, dah tentu parlimen telah dibubarkan dan Anwar pun tamat.

1 comment:

  1. woi, pasal iklan cola korang, sebuah gudang menyimpan stok air botol di kelantan telah mengalami kerugian besar. apa yg menghairankan, kerugian itu adalah disebabkan semua penutup botol coca cola telah dicabut dan dilarikan tetapi botol yg mengandungi air ditinggalkan begitu sahaja. haaa...buatla cerita palsu lg, nanti ada yg saman pulak...hahaha

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.