Demang bersetuju bahawa semua rakyat Malaysia yang berhak mengundi juga berhak mengundi siapa sahaja.
Demang juga bersetuju bahawa tulisan di atas adalah benar tetapi penulis telah menyembunyikan sebahagian lagi kebenaran iaitu kita wajar menghargai pihak yang telah melaksanakan janji mereka dan berjaya membawa kemakmuran pada negara.
Justeru adakah tidak wajar kita memberi kredit kepada mereka atas sumbangan yang telah mereka lakukan?
BN telah melaksanakan sebaik mungkin tangungjawab mereka manakala PR baru berjanji. Malah janji mereka agak longgar dan mudah dipertikai.
Contohnya, memberi bantuan pendidikan percuma hingga ke universiti itu adakah melibatkan yuran, pengurusan universiti dan bahan sahaja atau termasuk duit poket?
Kalau duit poket tidak ada, nak minta pada siapa untuk perbelanjaan makan, minum, dan keperluan lain!
Tidakkah jika perbelanjaan pendidikan ditambah ia akan menjejaskan perbelanjaan untuk rakyat lain yang tidak bersedia belajar di universiti?
Melalui PTPTN, pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi perlu membiayai sendiri perbelanjaan. Dengan itu ibu bapanya pun dapat menyalurkan perbelanjaan pada adik beradik lain yang juga memerlukan wang.
Sistem biasiswa percuma telah pernah dilaksanakan di Malaysia selama berpuluh tahun dan hanya menguntungkan sebahagian kecil pelajar yang 'excellent'.
Pelajar macam Demang terpinggir. Demang masih beruntung kerana masuk maktab dan mendapat elaun manakala ramai rakan (90%) terpaksa bekerja di kilang-kilang.
Adilkah biasiswa percuma?
Lebih mengecewakan apabila pemegang-pemegang biasiswa ini bersikap sombong dengan pencapaian mereka dan tidak mahu bercampur masyarakat bawahan.
Jika ada kenduri kendara, perjumpaan belia, mesyuarat UMNO, gotong royong; batang hidung mereka memang tak nampak.
Apabila muncul media sosial maya seperti sekarang, golongan ini sibuk mengomel dan merungut.
Mereka sangka mereka cerdik sangat padahal dapat biasiswa pun kerana usaha yang dibuat oleh UMNO yang.mereka caci.
Memang dasar tak tau dek untung.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteIsu yang sangat menarik.
Demokrasi yang diamalkan membolehkan rakyat memilih sesiapa sahaja sebagai wakil mereka ke parlimen dan dun untuk membentuk kerjaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Saya tiada halangan kalau kakitangan kerajaan mengundi pembangkang. Yang saya paling menyampah kalau kakitangan kerajaan negeri dengan lantangnya memburuk-burukkan kerajaan tetapi pada masa yang sama tetap menerima gaji bulanan dan segala manfaat dari kerajaan.
Memang, pendapatan negara bukan milik UMNO/BN, tetapi UMNO/BN adalah parti yg dipilh oleh majoriti rakyat untuk memerintah dan mentadbir negara. Mereka dipertanggungjawabkan untuk mencari dana dan menguruskan dana tersebut untuk egunaan dan kepentingan rakyat termasuk kakitangan kerajaan.
Kalau kakitangan kerajaan memilih pembangkang dalam dia semasa mengundi tanpa menyalak menyalahkan kerajaan dalam pelbagai isu, saya akan tetap meghormati kakaitangan kerajaan tersebut. Tetapi, kalau anda menyalak dan turut menggigit bagaikan anjing yang baru dilepaskan dari tersepit, hilanglah sudah rasa hormat saya terhadap and.
Wallahualam
Zulzab
Saya setuju dgn zulzab
ReplyDelete