Tuesday, March 19, 2013

Makan nasi berulam air



Kata rangtua, jangan makan bersulam air, nanti cepat tua.

Balas rangmuda, bagaimana mungkin urutan usia yang tertakluk pada hukum masa (tarikh) boleh menjadikan kita lebih tua?

Bukankah umur bergerak mengikut masa?

Pertelingkahan antara golongan tua dengan golongan muda bukan hanya berlaku sekarang. Ia adalah roda alam mencakupi pelbagai bidang termasuk sosial dan politik.

Orang muda sering melihat golongan tua sebagai ketinggalan zaman manakala orang tua yang melalui pelbagai pengalaman risau dengan tindakan orang muda yang tidak faham tentang implikasi pada sesuatu tindakan.

Dalam pemahaman agama juga konflik orang muda dengan orang tua berlaku bahkan kadang kala secara agresif. Dalam sejarah perkembangan Islam tanahair pernah muncul kaum muda yang menentang kaum tua.

Bagi Demang situasi politik hari ini juga adalah terjemahan daripada pertembungan tua dengan muda. Ini termasuklah orang muda yang menyokong golongan tua dan orang tua yang menyebelahi orang muda.

Apapun, yang muda juga akan menjadi tua dan pengalaman hidup akan mengubah pandangan terhadap sesuatu perkara.

Yang dipandang tua sekarang, dulupun asalnya orang muda.

Kata seorang sahabat: "dulu, nenek aku pun anak dara."

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.