Friday, May 10, 2013

Azmin Ali akan keluar


Rasanya bukan Demang seorang yang telah menerima perkhabaran melalui sms bahawa Azmin Ali akan meninggalkan PKR esok (Jumaat).

Bagi Demang hanya ada satu alasan untuk Azmin kembali ke pangkal jalan: TAKDIR.

Ertinya, dari semua sudut lain ia adalah sesuatu yang mustahil.

Demang amat berharap andaian Demang ini salah.

Kepada yang masih berharap Azmin akan meninggalkan Anwar, Demang cadangkan, hentikanlah.

Namun Demang tidaklah sekeras tok guru Nik Aziz yang mahu meludah muka sesiapa sahaja yang berjumpanya bagi mencadangkan perpaduan UMNO-PAS.

Kita tinggalkan isu Azmin dengan muslihat politiknya. Kita jangan pedulikan Nik Aziz yang sudah meletakkan anakandanya sebagai pewaris.

Biarkan sahaja mereka merepek sebagaimana Anwar yang mengumpulkan lebih 40k penyokongnya malam tadi tanpa dapat memberi sebarang kesan pada kemenangan Najib.

Jika anda pernah mendengar peribahasa seperti anjing menyalak bukit maka himpunan tersebut adalah contoh terbaik.

Bagi Demang, lebih baik kita tumpukan pada kelangsungan negara kita yang masih jauh perjalanannnya.

PRU13 bukan sahaja telah selesai malah keputusannya pun telah diketahui. Sepaling tidakpun rakyat sudah tahu bahawa Najib akan terus menjadi PM untuk 5 tahun lagi manakala Anwar sekali lagi menggigit jari.

Ironinya, majoriti rakyat juga tahu bahawa hampir di semua negeri UMNO hanya menang tipis!

Hmm, dahi anda berkerut? Rileks. Demang sedar dalam kenyataan di atas Demang bersikap sinis terhadap semua pemimpin Islam di semua parti termasuk menyindir Najib yang cuma mampu menang tipis.

Maaflah, bagi yang mengikuti tulisan Demang sejak 2008 sudah acap kali Demang ulang bahawa Demang adalah ahli UMNO yang tidak mendaftar semula dalam UMNO (B) serta ahli PAS yang dah 13 tahun tidak membayar yuran.

Bagi Demang pilihanraya 2013 adalah keputusan rakyat.

Demang kata 'keputusan rakyat' dan bukannya 'pakatan rakyat' kerana pakatan rakyat telah terbubar sebaik sahaja keputusan pru13 diisytiharkan.

Teruskan mengikuti Waadat. Demang tidak hebat tetapi Demang ada ramai sahabat yang hebat.

10 comments:

  1. ..demang.. opinion is like an asshole.. evrybody has one..

    ReplyDelete
  2. 40000 anjing menyalak bukit, bukit tak runtuhpun. kepala bapak kepada anjing-anjing semakin pening....

    ReplyDelete
  3. nak masuk BN? say no to him. dia ni ada adegan aiskrim...takkan nak bawa masuk..a BIG NO to him!!! BN jangan jadi bodoh. kang rakyat humban dalam PRU14 kang haaaaaa...

    ReplyDelete
  4. aku berpendapat azmin akan keluar. sekarang dia sedang mempamer bahawa ia lebih baik dari PAS yang nak jual mahal dengan BN. sebelum PAS menyertai kerajaan perpaduan dengan BN adalah lebih baik dia mencuba dulu. lagipun sapa tahu kalau ada jemputan dari BN.

    ReplyDelete
  5. anon 9.28 jangan keliru. dia cuma nak keluar bersama dengan 11 orang rakannya.

    ReplyDelete
  6. kalau betul berlaku mampuslah si peliwat dan ketua resis tu

    ReplyDelete
  7. aku harap kalau betul berlaku bawalah orang yang baik2 walaupun dirinya tidak baik.

    ReplyDelete
  8. aku tak kisah dia keluar tapi jangan terima masuk BN. for sure semua pendedahan terhadap dia sebelum ni akan backfire pada umno. kalau nak keluar, silakan. tapi jadi Bebas tapi mesra BN camtu..

    kena hati2 jugak sebab manatahu ini langkah awal nuar nak buat hal..azmin salah seorang lover setia dia, takkan nak senang2 je keluar camtu kan?

    bagi aku la..UMNO BN toksah masuk-campur. buat dono je..

    ReplyDelete
  9. BOLEH CAYA KE...INI WAYANG JE CUBA BACA SINAR HARIAN HARI INI ...... DIA PUNYA STATEMENT "TAK AKAN KELUAR PKR"....... KENA TIPU JE....MACAM PRA TONTON WAYANG/FILEM BARU YANG HENDAK DITAYANGKAN KPD UMUM.....

    ReplyDelete
  10. Saya tinggal di Shah Alam. I don't care a SHIT WHO is the new damn MB Selangor. Selangor is GONE...Gone to the DAPigs..it will be another Penang..Understand?

    WHOever he is, he will KOW TOW to Teresa Kok Kok Kok and Elizabeth Wong free for all to see.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.