Thursday, October 24, 2013

Sungai Limau: blogger PAS mula menipu sikit2

Apabila Demang buka Google dan taip 'sejarah DUN Sungai Limau' Demang temui beberapa blog yang mencatat DUN tersebut dikuasai oleh PAS selama 5 penggal berturut-turut dengan penyandangnya kekal di tangan almarhum Ustaz Azizan.

Turut disertakan ialah statistik undi sejak 1995 yang memperlihatkan kemenangan PAS di situ.

Maka timbul persoalan di benak Demang, adakah DUN Sungai Limau hanya muncul bermula 1995?

Jawapannya mungkin YA jika diambil kira nama DUN di situ sebelumnya adalah DUN Sala namun ia menjadi TIDAK kerana DUN itu sudah ada sejak PRU pertama.

Itulah yang dinamakan menyembunyikan kebenaran kalaupun tidak dipanggil pembohongan. Dalam peperangan disebut sebagai taktik, strategi, atau muslihat.

Soal dosa atau pahala barangkali mereka lebih faham. Bezanya kalau pihak lawan yang lakukan maka ia dipanggil dosa manakala jika ustaz-ustaz yang buat ia dinamakan muslihat!

Tujuannya ialah bagi memberi gambaran bahawa kawasan itu milik PAS sepenuhnya dan parti lain elok berundur. Ia juga menyampaikan mesej bahawa penduduk setempat totok orang PAS.

Padahal jika diamati statistik, calon PAS pernah mendapat majoriti tak sampai 200 undi dan peratus undi juga tidak stabil tiap kali PRU, bergantung pada isu semasa.

Sebelum Ustaz Azizan menjadi calon 1995, ia adalah milik UMNO. Ustaz Azizan menang kali pertama dengan majoriti tipis 196 undi atau 1.17% sahaja.

Pada 1999 Ustaz Azizan menang lebih besar iaitu sebanyak 14.33% atau 2621 undi. Itu tidak menghairankan kerana isu Anwar Ibrahim dipecat sedang menggila dan seluruh negara sedang kebingungan dilanda kejutan dahsyat. Majoriti orang Melayu di seluruh negara menolak UMNO tika itu.

Ternyata analisis ini benar apabila kita lihat pada 2004 majoriti undi PAS merudum kepada 5.15% (1080 undi) berikutan harapan pengundi pada Paklah dan penerimaan orang Melayu bahawa Anwar tidak maksum.

Pada 2008 undi pada Ustaz Azizan bukan sahaja melonjak ke 15% (3212 undi) malah PAS menang bergaya, menubuhkan kerajaan negeri, dan Ustaz Azizan sendiri dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Sekurang-kurangnya ada dua situasi ketika itu:
Pertama, UMNO Kedah dilanda kemelut dalaman hingga pengundi menjadi meluat. MB Kedah ketika itu mengalami penolakan dari dalam ekoran hilangnya kepercayaan pada pimpinan beliau.

Kedua, kaum cina bercita-cita menguasai kerajaan dengan menangguk di air keruh. Tsunami cina 2013 adalah lanjutan daripada usaha tersebut dan mereka menyangka misi dapat disempurnakan pada PRU13 namun gagal.

PRU14 mereka akan mencuba lagi!

Agak menarik (dan aneh), meskipun pada 2013 Ustaz Azizan bertanding dengan berbekal status MB Kedah namun majoriti undi yang beliau perolehi merosot sedikit menjadi 11.37%. Lebih menarik lagi muncul dua orang calon bebas turut bertanding.

Kesimpulannya, adalah satu pembohongan jika dikatakan DUN Sungau Limau sebagai kawasan PAS dan majoriti penduduknya sebagai orang PAS.

Juga suatu pendapat yang salah jika dikatakan pengundi Sungai Limau akan tetap mengundi calon berstatus ustaz, hatta berjawatan Menteri Besar sekalipun belum tentu akan disokong.

Orang Sungai Limau sebenarnya amat rasional dengan kuasa undi mereka. Justeru, jangan cuba main-main dengan mereka!

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.