Sebagaimana janji Demang bahawa Demang akan berjuang untuk kepentingan Islam sejagat jika UMNO kembali berkuasa selepas PRU-13, akan Demang tunaikan.
Demang kata jika UMNO menang; bagaimana jika PAS menang? Sama lah! Jika PAS menang pun Demang akan lakukan perkara yang sama asalkan PAS mampu mendominasi kerajaan dan bukan sekadar bertenggek di hujung dahan.
Sebagai salam permulaan kembalinya Demang ke arena maya sebagai blogger Waadat, Demang kemukakan satu keratan akhbar berupa rintihan seorang rakyat bersemangat tinggi yang sepatutnya dibantu.
Di sebalik isu ini, sebenarnya Demang baru pulang daripada sebuah agensi kewangan nasional bagi memohon bantuan mengembangkan perniagaan Demang.
Demang ucaokan terima kasih pada pengurusnya yang berusaha sedaya upaya membantu Demang walaupun disalut pelbagai kekangan.
Cuma Demang terkilan, terlalu banyak prosedur yang tidak munasabah menjadi prasyarat sehingga hampir mustahil usahawan yang masih baru dan usahawan lama yang dilanda masalah luar jangka mampu melepasinya.
Keratan akhbar di bawah adalah satu contoh dan Demang percaya terdapat beribu-ribu contoh lagi di luar sana. Jika kerajaan gagal menanganinya dengan baik maka bersedialah untuk dihumban ke neraka dunia dan neraka sebenar di akhirat!
UMNO ada lebih kurang empat tahun sahaja lagi jika masih mahu bergelar KERAJAAN!
Demang, kalu tak da syarat maknanya mcm nak bagi free je duut tu sedangkan ia adalah pinjaman dan setiap pinjaman mestilah ada syaratnya. Cuba bagitau disini apa syarat2 yg sukar dipenuhi mungkin ada org yg boleh beri cadangan penyelesaian. Kecualilah syarat2 nyg ditetapkan itu tak munasabah peminjam perlulah cari jalan utk memenuhi syarat. Kalu pinjaman kena tolak minta mereka beri sebab kenapa ditolak. Mungkin ada cara untuk mitigate the risk tapi kena tau apa syarat2 yg ditetapkan tapi tak dpt dipenuhi.
ReplyDeleteHampir semua institusi nak syarikat beroperasi lbh 2 tahun dan takde masalah! Klu dah beroperasi lbh 2 thn tanpa masalah, buat apa nak pinjam?
ReplyDelete