Wednesday, January 29, 2014

Tukang jahit dan tukang gunting

Demang percaya, selepas isu kangkung dan Jepun, negara akan dimeriahkan pula dengan irama sate kajang.

Bab pesta-pestaan, bab ejek-ejekan, dan bab kreativiti merekacipta bahan  bersembang memang kepakaran masyarakat kita.

Kita tinggalkan sebentar isu-isu tersebut. Mari kita sembang hal lain yang lebih berfaedah.

Baru-baru ini isteri Demang jenuh mencari tukang jahit untuk menempah baju. Padahal bukannya musim perayaan kita. Cuma raya cina. Tailor cina pula beri alasan nak beraya, tak sempat ambil tempahan.

Itu kesah pertama.

Kelmarin Demang berbual dengan sepupu Demang yang baru pulang dari lawatan ke Vietnam. Semasa di sana anak-anak dan isteri beliau cukup meriah membeli kain dan menempahnya menjadi pakaian. Beliau sendiri sempat menempah sepasang sut dengan harga yang amat murah.

"Menyesal tak tempah 2 pasang," ulas beliau tanda berpuas hati.

Isunya bukan setakat harga kain dan upah jahitan yang amat murah malah tempahan disiapkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam!

Bandingkan dengan kesah pertama tadi apabila tukang jahit di Malaysia menolak tempahan walaupun isteri Demang beri tempoh hampir 2 minggu untuk menyiapkannya!

Kos upah? Di Vietnam sekitar RM35-RM45 manakala di Malaysia RM50-RM80.

Kalau nak murah pun boleh iaitu jika tukang jahitnya suri rumah yang mengambil upah secara sambilan. Namun tempahan perlu dibuat beberapa bulan sebelumnya.

Kesah ketiga:

Setiap bulan Demang akan ke kedai gunting rambut yang 90% pekerjanya diimport daripada India. Sekali gunting, RM10.

Demang bukannya tidak mahu ke kedai milik orang Melayu tetapi Demang malas mendengar leteran isteri Demang kerana kehenseman Demang agak terjejas selepas bergunting. Beliau akan tahu di mana tempat Demang bergunting walaupun Demang cuba berahsia.

Maklumlah, 90% tukang gunting tersebut tiada latihan formal. Pengalaman menggunting rambut pun diperolehi semasa di asrama dulu. Zaman dulu-dulu pulak tu.

Nak buat rambut pacak pun tak reti.

Satu lagi, kalau ke kedai gunting Melayu, kena tunggu berjam-jam untuk tiba giliran.

Demang bukan sekadar nak mengutuk. Demang ceritakan semula pengalaman yang mungkin anda juga pernah alami sebagai latar belakang pada cadangan yang ingin Demang utarakan.

Apa kata Giat Mara (kecuali yang telah ditutup oleh kerajaan Selangor) atau kolej komuniti melangkah setapak lagi ke depan dengan membuka kedai jahitan dan kedai gunting sendiri?

Dengan itu para pelatih tidak lah lagi terkial-kial mencari kerja di tempat yang dimiliki taukey cina yang akan mengutamakan anak bangsa mereka dan jika tiada, lebih rela mengimport pekerja daripada India.

Giat MARA dan kolej komuniti juga boleh membuka bengkel kereta, motorsikal dan lain-lain dengan pekerjanya kalangan pelatih yang akhirnya bertaraf pekerja mahir.

Akhirnya, akan ada kalangan mereka yang bersedia pula membuka bengkel sendiri dan menggaji pekerja.

Demang percaya, jika cadangan ini dilaksana, kita dapat menyelesaikan banyak masalah dalam negara:

- Menambah peluang pekerjaan.
- Melahirkan usahawan muda.
- Mengurangkan aliran wang keluar akibat pekerja asing.

Selain itu ia juga dapat menambah guna tenaga dan penawaran perkhidmatan dengan bertambahnya kedai jahit yang membawa pada penurunan upah dan memendekkan tempoh tempahan.

Jangan sampai nanti setiap kali hampir musim perayaan, rakyat Malaysia yang dah makin mampu naik kapal terbang tambang murah berduyun-duyun ke Vietnam untuk menempah baju raya.

Selepas itu kita pun hairan... mana perginya duit Malaysia?

2 comments:

  1. Nak ke orang Melayu jadi tukang gunting?

    Melayu memang layu cikgu man

    ReplyDelete
  2. cg man, memang dah ada pusat latihan khusus gunting rambut dan dandanan, tapi tak pasti apa nama dia. kerajaan yg buat. cuma, gunting rambut khusus utk lelaki tak ada. mungkin kerajaan @ agensi lupa kot bahawa lelaki juga ada rambut yg selalunya digunting tiap2 bulan. tak semua lelaki malaysia botak sebab sibuk sgt fikir pasal politik hahahaha...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.