Benarkah pedagang cina dan keling membantu Portugis menyerang Melaka dan akibat itu Melaka pun tewas pada 1511?
Jawapannya betul, jika kita cuma ada dua pilihan jawapan samada 'betul' atau 'salah'.
Atas alasan itulah ramai ahli politik yang mendakwa sebagai pejuang bangsa pada hari ini terus-terusan menyindir kaum bukan Melayu betapa nenek moyang mereka adalah pengkhianat yang tak terampun.
Anehnya, demikian besar dosa beberapa pedagang cina dan keling itu, orang Melayu ketika itu langsung tidak bertindak balas. Padahal kesan pengkhianatan tersebut menyebabkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang dibina selama 110 tahun tumbang!
Ia adalah misteri yang amat sulit untuk difahami. Lebih aneh lagi apabila setelah hampir 500 tahun barulah orang Melayu sedar hal tersebut dan mula mengungkit.
Mana perginya pejuang Melayu ketika itu?
Jika Sultan Ahmad iaitu putera Sultan Mahmud sendiri dibiarkan menerima hukuman bunuh atas alasan gagal mempertahankan Melaka, kecilkah dosa pedagang yang meminjamkan kapal bagi memudahkan penyamaran Portugis memasuki kota dan seterusnya menyembelih para pengawal yang tidak menyangka?
Jikapun Sultan Mahmud yang dalam pelarian sudah tidak mempunyai kuasa menghukum namun atas pertualangan yang sangat besar itu takkan lah baginda atau hulubalang dan panglima Melaka tiada inisiatif langsung mengambil tindakan balas dendam di luar undang-undang?
Wah, sejak bila orang Melayu memiliki kesabaran setinggi itu? Takkan lah hanya Jebat sahaja yang sanggup menentang Sultan demi membalas dendam atas tindakan tidak adil sultan terhadap sahabatnya? Atau itu adalah terjemahan hasrat orang Melayu sendiri yang sebenarnya berterima kasih pada portugis kerana membebaskan mereka daripada kekejaman sultan yang bersultan di mata beraja di hati?
Maka barangkali kita simpulkan sahaja di sini bahawa sekalian rakyat jelata bersepakat menyingkirkan Sultan Mahmud dan untuk itu masing-masing mengambil peranan mengikut kesesuaian.
(Bersambung... kesan kejatuhan Kota Melaka)
Menurut sejarah melayu memang benar pedagang Cina kianati kerajaan melaka dengan membenarkan soldadu Portugis melalui tongkang2 cina untuk menyerang melaka. Namun ada beberapa perkara lagi yang membuatkan kejatuhan kerajaan Melaka adalah sikap Sultan Ahmad sendiri (sultan yg tak ditabal pun) kurang mengambil berat soal pentadbiran kerajaan melaka. Baginda banyak menghabiskan duit kerajaan dgn bermewah2an dan akhirnya tidak punya wang untuk membayar askar upahan. Sikap baginda yg suka berpoya-poya sesama budak budak sebaya dan tidak mahu mendengar nasihat pembesar negeri ayahanda baginda dahulu. Pengkianatan orang Cina adalah cuma mengambil kesempatan sahaja. Namun apa yang menjadi tauladan merupakan hukuman dari allah apabila sultannya berlaku zalim terhadap manusia sebagaimana Presiden Sandam Husin berlaku zalim terhadap rakyatnya dgn membunuh beribu rakyat.
ReplyDeleteSetuju tuan.
DeleteSaddam Husien bunuh seratus lebih (dikatakan puak syiah), bukan ribu2 seperti US bunuh rakyat Iraq.
ReplyDeleteKenapa sampai membunuh rakyat sendiril? Sudah habiskan ikhtiar?
DeleteBang, orang Melayu ni lembut sangat. Terlebih penyabar. Sedikit aje lagi akan jadi dayus.
ReplyDeletePakar sejarah pun ada bagi tahu yang Puteri Hang Li Po tak pernah wujud pun di China. Entah China doll mana dia ambil dijadikan bini sultan Melaka. Ditipunya Sultan Melaka kaw-kaw. Jadinya dari dulu lagi Cinabeng dok tipu melayu.
Sekarang ada sesiapa yang rasa tak malu nak buat pementasan Puteri Hang Li Po? Setiap kali pementasan PuteriHang Li Po, ia boleh mengaibkan orang-orang melayu!