Bahang PRK Teluk Intan (Teluk Ensen, kata arwah atok Demang) semakin terasa.
Sebenarnya Damang dah malas nak ulas tentang PRK dan itulah sebabnya satu posting pun Demang tak buat untuk PRK terakhir sebelum ini.
Demang yakin pengundi Melayu Teluk Intan faham apa yang sedang berlaku dan apa yang patut dilakukan.
Cuma Demang nak ingatkan bahawa dalam PRK banyak taktik kotor yang sukar dibuat semasa PRU akan dicuba dalam PRK. Hal ini kerana dalam PRK seluruh jentera parti yang bertanding dan parti komponen akan dikerahkan di cuma satu kawasan.
Barangkali istilah komponan kurang tepat sebab PR rasanya belum lagi didaftar.
Salah satu taktik kotor yang biasa digunakan ialah memalsukan (edit) foto calon. Ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku:
Parti A akan edit foto calon parti B.
Parti B akan edit foto calon parti A.
Itu biasa!
Parti A akan edit foto calon parti A.
Parti B akan edit foto calon parti B.
Kenapa? Mereka akan edit foto calon sendiri dan tuduh parti lawan yang lakukan.
Jangan lupa, akan ada jenis yang ketiga:
Pihak ke-3 akan edit foto calon parti A.
Pihak ke-3 akan edit foto calon parti B.
Tujuannya? Lu pikir le sendiri.
Nasihat Demang ialah jangan percaya sesuatu kecuali kita melihatnya sendiri!
Di manakah letaknya jati diri dan maruah kita sebagai bekas MB sebuah negeri berpuluh tahun tapi akhirkan melompat ke parti lain yang berkompromi dengan DAP?
ReplyDeleteYa mungkin semua orang akan kata, hak dan kebeasan sesiapa hendak pilih parti politik mana" Ya bagi rakyat biasa macam kita, bolehlah.
Tapi bekas MB?
Sungguh memalukan, tahulah kita harga diri dia, kesetian dia yang sebenarnya.
Sejarah akan mengingati dia sebagai pembelot Tanah air.
eleh...macam2 lah mat tyson boleh cerita dan kelentong. sudah hilang kepercayaan pd partilah, parti hilang arahlah, rasuahlah, salah guna kuasalah dan segala macam helah bagai. sebenarnya ada sesapa boleh lupa pasal duit berjuta yg dibawa ke gold coast, ausiee dulu? mat tyson cuba bohong diri sendiri kononnya dari dulu dia baik dan sampai sekarang baik. ceh!! bukankah kamu merajuk sampai bakar jambatan sebab tak terpilih jd ketua bahagian? tak terpilih sebagai calon pru? nak calonkan anak saudarapun kena cantas? eleh!! dgn umnolah kamu jd seperti sekarang. kalau nak meludah kepada umno, ludah dulu muka kamu sendiri. jangan berlakon baiklah mat tyson. cakaplah kamu hanya ingin bergayut pada dahan baru. tak salah berterus terang. beranilah, kerana mc tyson seorang manusia berani. mat tyson? badan aje besar, pengecut macam kura-kura...
ReplyDeleteHa3x... tak sia2 Demang letak foto tu. Dia sangka org akan tertipu dgn kepiah putih tu.
ReplyDeleteDemang...mat tyson ni..umpana kain buruk dah..tak payah nak risau..jenis manusia yg kufur nikmat..bagi aku manusia sebegini seharusnya diludah saja mukanya..paling tidak lastik dgn telur puyuh temelang...memang perangai busuk.
ReplyDelete