Sunday, May 11, 2014

Sekolah ganti cuti berganti

Tahun ini sebagaimana tahun-tahun lalu kita akan ada perayaaan seperti biasa. Ada raya puasa, raya haji, tahun baru cina, thaipusam dan lain-lain.

Walaupun tarikh tepat untuk hari raya aidil fitri sedikit terkucil namun ia pasti datang saban tahun dalam lingkungan tarikh  yang memang diketahui.

Anehnya, Sabtu lepas murid-murid bersekolah ganti kerana cuti hari raya. Memang aneh. Seolah-olah KPM terlupa bahawa setiap tahun ummat islam memerlukan jumlah cuti yang agak selesa.

Dalam kita berkempen keluarga bahagia, kempen ziarah ibu bapa, kempen rapatkan silaturrohim, KPM seolah hilang daripada arus perdana dan sibuk dengan program anti-keluarga.

Malang sungguh apabila institusi yang mendidik manusia terlepas daripada semangat kemanusiaan yang sepatutnya menjadi agenda utama.

Sudah hilangkah nilai budi dan sentuhan nurani penguasa di KPM yang asalnya golongan guru juga?

Susah sangatkah merancang cuti dan persekolahan di Malaysia? Bukankah sudah diperuntukkan jumlah hari persekolahan sekian-sekian dan jumlah hari cuti pula sekian-sekian? Kenapa dikumpulkan terlalu banyak cuti di penghujung tahun sehingga hari raya puasa yang sangat penting itu terpaksa dijimat dengan cuti ganti?

Cuti berganti dan sekolah ganti sememangnya akan menyusahkan banyak pihak. Ia menyentuh dan mengganggu jadual ibubapa, pengusaha bas, pengusaha kantin, dan merosakkan program kemasyarakatan seperti kenduri kendara dan sebagainya.

Orang KPM tak sedarkah semua ini? Atau para pegawainya terlalu lama berada di luar masyarakat atau memang sebelum inipun tidak tahu bercampur dengan masyarakat? Bagaimana orang yang tak faham hidup bermasyarakat berada di tempat kelompok yang menyediakan pendidikan pada anak manusia? Akan jadi apa generasi kita nanti?

3 comments:

  1. aku sokong kenyataan admin di atas. disamping itu, kerana perancangan cuti yang kelam kabut diperingkat kpm, pelaksanaan sekolah ganti juga menjadi caca marba. apa tidaknya, sepatutnya hari persekolahan adalah untuk aktiviti akademik kerana hari yang digunakan untuk cuti hari tertentu adalah hari persekolahan rasmi. diperingkat sekolah, sekolah ganti dijadikan sebagai aktiviti gotong royong, sukaneka dan sebagainya yang rasanya merugikan dari segi akademik. gotong royong sebenarnya boleh dilaksanakan pada hari sabtu awal atau tengah bulan dengan kehadiran ibubapa tanpa melibatkan hari sekolah gantian. aku ada cadangan yang rasanya boleh difikirkan bagi menyelesaikan permasalahan sekolah gantian ini. selaraskan semua cuti-cuti umum yang ada. maksudnya bila masa cuti, persekolahan terus cuti. cuma hari cuti tersebut diselaraskan dengan cuti pada hujung tahun. tak perlulah sekolah bercuti terlalu awal pada hujung tahun. jika tinggal disember sahajapun untuk cuti, apa masalahnya?

    ReplyDelete
  2. Sokong 100% ... public holiday ni rasanya tak pernah berubah sejak berpuluh tahun yg lepas dan insyaallah berpuluh tahun akan datang. Tapi setiap tahun Kementerian Pelajaran masih tak dapat nak plan properly. Kekadang tu last minute notice... tak sampai 24 jam.

    Kementerian Pelajaran ni kena le berpelajaran dan pandai planning sebab ia melibat berjuta-juta rakyat.

    Tolong le Pak menteri dan pengarah pelajaran...buat kerja dan buat pembaikan. Aku naik gile feedup... bila tak dapat hadir... anak2 dikenakan demerit dan kehadiran tak penuhi. Sedangkan pak menteri dan pengarah yang BONGOK!!!!!

    ReplyDelete
  3. Aku setuju cuti ganti ni ditiadakan. Banyak yg ponteng bila diganti pd hari Sabtu. Bilamurid dah tak ramai cikgu pun malas nak mengajar. Disuruh murid buat aktiviti bukan akademik. Yg rajin nak belajar pula bila dah tak belajar turut ponteng sama.

    Jadi cuti2 ganti ni potonglah cuti akhir tahun tu. Tak lebih 4/5 hari pun cuti hujung tahun tu.

    Banyak menyusahkan guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan murid.

    Aku sokong cadangan ni. Cuma peg2 di kementerian tu tak mahu berfikir lebih. Ikut saja apa yg dibuat pada tahun2 lepas.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.