MULA TEKS (COPY & PASTE)
Tuesday, July 29, 2014
Ini catatan yang perlu diketahui
MULA TEKS (COPY & PASTE)
Tuesday, July 15, 2014
Yang terbakar dan yang reput
Monday, July 14, 2014
Pemilihan terakhir PKR
Nampaknya pemilihan PKR berlangsung lebih teruk daripada yang dijangka. Ia bukan sahaja serba canggung dan serba tak kena malah menjadi seperti sebuah sorotan drama yang memaparkan semula segala tuduhan yang pernah dilempar penyokong PKR ke atas SPR selama ini.
Penipuan dalam kiraan undi, pengundi hantu, lebihan kertas undi berbanding jumlah perwakilan, blackout ... bergaul pula dengan peristiwa maki hamun, baling kerusi, bertumbuk, sehingga melibatkan laporan polis serta pembatalan mesyuarat!
Demang memerhati dari luar dengan lega bercampur hiba.
Lega kerana plan DAP merealisasikan agenda sulit mereka akan tergendala tetapi hiba mengenangkan rakyat sekali lagi menjadi mangsa mainan politik sekumpulan manusia terdesak dan rakus kuasa.
Apapun, menang tidak bererti dapat ke semuanya dan kalah pun tidaklah hilang semua.
Dalam proses perhitungan sejak 1999 hingga 2014 (meskipun belum tamat), banyak perkara yang telah dicapai dan tak kurang juga yang telah musnah selama-lamanya.
Peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada DS Abdullah dan akhirnya beralih pada DS Najib adalah kesan-kesan jangka pendek yang telah berlaku.
Manakala lenyapnya Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) barangkali tidak akan dapat dikembalikan lagi.
Kerosakan-kerosakan teruk pada jati diri orang Melayu, kerobekan dalam hak eksklusif penggunaan kalimah Allah, kebiadaban antara kaum dan hilangnya rasa budi dan pengabaian hutang budi adalah sesuatu yang tidak boleh diputar semula dan tidak akan berpatah balik menjadi milik negara.
Kalau dulu tidak terfikir dek datuk nenek kita orang India akan mencabar orang Melayu tapi sekarang isu 'se-sensitif' 13 Mei pun tidak dipeduli lagi.
Padahal, apa kena mengena masyarakat India dengan 13 Mei?
Friday, July 11, 2014
minyak morhabshi cuma RM10 sebotol
4 pilihan saiz minyak morhabshi untuk pelbagai kegunaan yakni untuk yang ingin mencuba hinggalah pengguna tegar.
Tuesday, July 8, 2014
Kau senang le cakap
"Kalau gagal, jangan salahkan orang lain
Kena salahkan diri sendiri"
Masa Inggeris perintah dulu kau duduk dekat lombong
Dekat lombong ramai pekerja lombong
Pekerja lombong banyak duit
Kau buka kedai, kau jual apapun laku
Di kampung hanya ada sayur mayur
Takde negara yang nak import kangkung
Berniaga pun tak reti
Kau buka kedai runcit kat kampung
Aku pun buka kedai runcit kat kampung
Kau dapat harga borong dengan kawan kau kat bandar
Aku pun cuba beli cara borong dengan kawan kau kat bandar
Pengguna tapi bukan pembeli
Pembeli tapi takde duit
Maka mereka dipanggil penghutang
Harap tanam padi pun harga murah
Jual hasil kampung banyak mana?
Pelanggan kau orang ada duit
Beli hasil kampung dari orang kampung
Orang kampung ambil sahaja barang runcit dari kedai kau, tukar dengan hasil tanaman kampung
Buat kenduri anak pun berhutang
Anak sakit pun berhutang
Nak buat haji pun berhutang
Kau ada kawan di bandar
Kau boleh pinjam duit dia
Dia bagi pinjam duit kat kau
Kau bagi pinjam duit kat orang kampung
Orang kampung pun tak boleh jual hasil kampung kat aku dan tak boleh lah beli barang runcit dari kedai aku
"Kalau gagal, jangan salahkan orang lain
Kena salahkan diri sendiri"
Friday, July 4, 2014
Di sebalik isu gelandangan
Wednesday, July 2, 2014
Kenapa tun hamid tolak mkpn
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.
Ikuti luahan beliau tentang Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.
"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."
"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."
"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".
"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".
"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"
"Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam”.
"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".
1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."
"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".
"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".
"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang”.
"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-
“Akhirnya pengundi-pengundi telah matang”.
(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.
"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"
"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"
"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."
"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."
"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."
"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."
"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."
"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."
"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."
"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."
"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".
Kupilih menulis puisi
Perjuangan
Pengorbanan
Kau memilih untuk menulis sejarah
Aku sekadar menulis puisi
Dalam sejarahmu kau catatkan kemenangan dan kekalahan
Dalam puisi kukesahkan tentang anak yang dipujuk ibu betapa pengorbanan ayahnya akan dikenang
Dalam sejarah kaucatatkan tarikh peperangan
Kutulis dalam puisiku tentang seorang anak yang menanti bapanya yang tidak akan pulang
Dalam buku sejarahmu, nama aku tidak ditulispun
Tapi dalam buku sejarahmu, namamu terpampang di muka depan.