Friday, July 4, 2014

Di sebalik isu gelandangan

Rasa simpati Demang terhadap pejuang awal PKR yang kini semakin terpinggir dek permainan politik pemimpin rakus kuasa dalam PKR sedikit terjejas apabila beberapa orang daripada mereka mula mengomel tentang isu peminta sedekah di ibu kota.

Bagi Demang, tiada ibu bapa yang bahagia melihat anak-anaknya menjadi peminta sedekah. Begitu juga PM. Sudah tentu beliau tidak gembira apabila mendapati masih ramai rakyat yang menjadi peminta sedekah dan tiada tempat tinggal yang sesuai.

Justeru amat wajar pihak berkenaan mengambil langkah tegas bagi menangani masalah ini.
Demang juga geli hati melihat tindakan kelam kabut beberapa pemimpin PKR yang semakin tersepit akhirnya menubuhkan badan khas bagi mengadakan aktiviti memberi bantuan makanan pada golongan tersebut.
PKR tak tahukah bahawa UMNO dan PAS sudah lama buat program jangka pendek begitu?
Demang rasa itu sebabnya PAS semakin lama semakin bosan dengan karenah PKR yang tidak pernah matang dalam menghadapi masalah negara.

Apa kata kita baca penjelasan pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.