Thursday, August 28, 2014

Melayu itu Islam lah

Pagi ini Demang terbaca artikal yang cukup mantap daripada sahabat blogger Demang iaitu GAP.

Satu perkara yang Demang terkesan dalam tulisan itu ialah mengenai keunikan bangsa Melayu.

Setahu Demang memang tiada bangsa lain di dunia ini yang mensyaratkan agama sebagai ciri utamanya selain Melayu.  Ini bermakna untuk menjadi orang Melayu seseorang itu mestilah beragama Islam dan tidaklah seseorang itu Melayu jika tidak beragama Islam.

Lihat perlembagaan negara kita Perkara 160 (2) berkenaan definisi MELAYU.

"Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura." (Wikipedia)

Jelas dinyatakan di situ bahawa untuk seseorang ditakrif sebagai orang Melayu, ia mestilah beragama Islam.
Demang tak kata Islam itu Melayu tetapi orang Melayu itu beragama Islam. Jika dia tidak Islam maka dia bukan orang Melayu namun bukan semua orang Islam berbangsa Melayu.

Maka jangan diperlekeh bangsa Melayu di Malaysia kerana orang Melayu itu agamanya Islam.
Satu lagi persoalan yang blogger tersebut timbulkan ialah dalam kehidupan ini memang Allah taala hantar individu tertentu yang tugasnya mengganggu perjalanan hidup dan perjuangan kita. 

Maka janganlah pelik apatah lagi terpengaruh dengan orang seperti Kalid Samad (bukan Khalid Ibrahim) yang sering menongkah arus dan menyimpang daripada perjuangan asal PAS.

2 comments:

  1. Hebatnya org melayu kerana mengisyaratkan utk jadi melayu kene beragama islam. Satu bangsa yg meletakkan islam mengatasi segala2nya. Tahniah bangsa melayu.

    Tapi apa yg kita baca fakta yg diseleweng oleh redbin kafir ialah islam untuk semua tidak mengira bangsa dan warna kulit. Mana mungkin dayak jakun iban sebagai melayu. Jadi mereka katakan bangsa melayu tidak penting. Sekadar penyelewengan fakta utk doktrin pengikut2 mereka yg lemah.

    ReplyDelete
  2. Mereka tau ramai yg tak sedar sejarah dan tak faham perlembagaan. Maka mereka mengambil keaempatan ini utk memancing undi.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.