Wednesday, October 1, 2014

Petrol diesel naik 20sen sebentar lagi

Ketika ini sedang tersebar berita kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen berikutan penarikan 20sen lagi subsidi kerajaan terhadap bahanapi tersebut.

Media sosial yang sudah menjadi sebahagian daripada diri rakyat Malaysia menjana perkhabaran awal tanpa dapat dibendung.

Ia adalah fenomena semulajadi yang tidak boleh diketepikan, seperti air yang mengalir dari sebuah empangan yang pecah.

Apabila berita tersebut disahkan, maka suasana lebih meriah mengalahkan malam raya.

Kereta-kereta persendirian beratur di stesyen petrol dengan harapan pengisian malam ini dapat menjimatkan budget selama sebulan. Takpelah. Masing-masing punya strategi.

Paling menarik ialah kreativiti rakyat Malaysia dalam media sosial. Mereka meluahkan perasaan secara kreatif dengan foto-foto yang diedit, grafik satira, dialog sinis dan lucu dan tak kurang juga yang berpantun dan berseloka.

Esok, nada-nada sinis akan bersambut pula dengan penjelasan-penjelasan yang menyokong tindakan kerajaan menarik balik subsidi.

Demang rasa biarkanlah rakyat melepaskan perasaan malam ini sepuasnya. Tidakkan runtuh bukit dek salakan anjing. PRU pun lambat lagi. Sementelah PKR pun masih sibuk dengan isu rampasan kerusi MB.

Lama kelamaan isu harga minyak akan akan senyap sendiri. Kehidupan akan diteruskan kembali.

Harapan Demang, wang subsidi yang dijimatkan kerajaan mestilah dikembalikan pada rakyat yang benar-benar memerlukan dan bukan dijoli pada perkara-perkara yang kurang perlu.

3 comments:

  1. Kaya ke Kita nie Hamba Rakyat, sehinggakan PM dan Kerajaan BN asyik2 Nak Naikkan Harga..

    PM Najib Semuanya Naik.. PM Najib Betul2 Beban pd UMNO, Kerajaan BN dan Rakyat penyokong BN.

    Cukup2 Sudah.. Hati Ku teruk Terluka Sudah..

    ReplyDelete
  2. :) saja nak tanya nih....
    Berapa sen lagi nilai subsidi yang tinggal untuk seliter minyak petrol & disel ?
    lalalalalalala....

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.