Ini berita betul. Sudah disahkan pihak sekolah yang terlibat. Guru Besar dan kesemua GPK tiada di sekolah selepas keputusan UPSR (yang kertasnya bocor-bocor itu) keluar.
Kemana hilangnya pun Demang tidak pula diberitahu.
Sebenarnya ia bukanlah masalah Demang melainkan jika anak Demang ada di sekolah tersebut dan perlukan tandangan 'beliau-beliau' tersebut untuk mengesahkan salinan dokumen bagi memohon sekolah menengah.
Takkan lah nak suruh tukang kebun sekolah tandatangan!
Demang boleh mengerti jika mereka ada urusan kecemasan atau urusan peribadi yang tidak boleh dielakkan (empat orang cuti serentak!) namun Demang sangsi jika mereka diarahkan untuk hadir mesyuarat di jabatan atau diminta berkursus.
Dah tak ada masa lain ke nak buat kursus atau mesyuarat? Padahal ibubapa perlu menguruskan permohonan dengan kadar segera. Salah satu syarat permohonan ialah semua dokumen wajib disahkan.
Itupun satu hal juga. Dalam dunia digital tanpa sempadan serta serba canggih ini pihak-pihak yang berkenaan masih terperuk dalam tempurung. Mereka tidak tahu bagaimana nak memudahkan orang ramai. Mereka hanya pandai memudahkan kerja sendiri sahaja.
Piagam pelanggan? Ha ha ha... kebanyakannya bukan faham sangat walaupun ada yang pernah beri taklimat pada orang lain tentang perkara tersebut.
Sebenarnya bukan susah sangat nak sahkan salinan dokumen. Cop getah itu bukanlah mahal sangat. Maknanya, itu bukanlah kaedah yang bagus sangat untuk mengelakkan penipuan.
Kenapa tiada pemusatan data? Bukankah dengan kecanggihan sekarang, dengan satu masukan nombor kad pengenalan sahaja sepatutnya semua maklumat boleh disemak dan disahkan? Apa gunanya calon peperiksaan diminta memasukkan nombor surat beranak dan sebagainya dulu? Supaya nampak profesional?
TAPI... dalam bab duit dan hutang, pandai pulak pihak tertentu mengesan orang yang bermasalah hingga ke lubang cacing!!!
Oh negaraku.
Dulu kalau nak apply keja, kena fotostat berpuluh-puluh salinan dokumen. Pastu kena cop sahkan salinan. Setiap company sekurang-kurangnya 1 set salinan 5 keping dokumen. Bayangkan kalau 10 company, memang parahlah jawabnya. Itu pun belum tentu dapat panggilan intebiu. Tapi duit dah berhabis untuk fotostat dokumen dan print resume.
ReplyDeleteSekarang, bila sistem dah makin canggih, just apply keja secara online jer. Tak payah lagi antar salinan banyak2. Tunggu panggilan intebiu jer. Dapat panggilan intebiu, baru buat fotokopi. Jimat dah kos kat situ.
Berbalik kepada keperluan untuk mendapatkan sign GB atau GPK, rasa-rasanya tak perlulah kot pasal bukan intebiu keja pon nak kena straight sangat. Kalau sekadar nakkan pengesahan, semuanya dah ada dalam sistem. Semak jerlah secara online. Bukan payah pon.
Kita hidup di zaman IT ni kalau boleh mansuhkan SOP yang ketinggalan zaman ni. Zaman berubah, sepatutnya sistem bekerja jugak berubah selari dengan teknologi baru.
...
ReplyDeletePENTING:
Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...
Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....
Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...
Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...
Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )
Harap Maklum.. TKasih :-D
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
Mohon Tuan waadat delete komentar CEO Siber kerana memberi komen luar tajuk. TQ.
ReplyDeleteCEO Siber tu sebenarnya adalah salah seorang macai kafir celaka yg mmg anti melayu/Islam...
ReplyDeleteMana2 pun dia masuk. Kepanasan tu sbb banyak kena taji dlm pau. Banyak cerita lain lagi kita nak bincang - pengacau.
ReplyDelete