Tuesday, January 13, 2015

Artis korea cabul gadis muslim depan khalayak

Ada dua isu besar minggu ini yang melanda negara.

Pertama, seorang peguam bernama Eric Paulsen yang mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan dalam perhimpunan mingguan ummat Islam sebagai pusat melatih keganasan.

Kedua, artis K-pop daripada Korea melakukan pencabulan terbuka dengan memeluk dan mencium anak gadis Islam di atas pentas dengan disaksi jutaan manusia samada secara langsung mahupun melalui rakaman video yang tersebar dalam masa yg singkat.

Jika hendak dipersalahkan maka Demang mencadangkan pihak pertama yang bersalah ialah kerajaan yang membenarkan konsert tersebut.

Ketika Demang remaja dulu, kerajaan pernah membatalkan konsert kumpulan rock Scorpions walaupun tiket telah dijual selepas kajian semula dibuat terhadap kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku.

Pihak kedua yang  bertanggung jawab juga kerajaan kerana apabila kerajaan memberi kebenaran sedangkan mereka sepatutnya telah sedar kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku maka mereka perlu bersedia sepanjang konsert berlangsung.

Bukan cuma seorang penonton yang naik ke pentas dan dinodai artis kafir itu. Sepatutnya selepas remaja pertama dicabul di khalayak ramai, pihak berkuasa serta merta bertindak memberhentikan program dan menangkap artis berkenaan atas tuduhan mencabul wanita.

Jika wanita tersebut masih bawah umur maka tindakan selaras mestilah diambil. Jika wanita itu atas umur pun perlakuan sumbang begitu tidak wajar didiamkan begitu sahaja.

Kedua-duanya perkara di atas dianggap suatu serangan terbuka ke atas ummat Islam dan boleh mengocak keharmonian negara.

Bagi Demang semua respon samada positif, negatif, mahupun agresif adalah sesuatu yang lumrah dan wajar. Ada yang marah-marah dan ada yang menyabarkan, dan perlu ada tindakan undang-undang.
Jika wanita terlibat adalah gadis bawah umur maka tidak ada alasan suka sama suka atau sukarela kerana di Malaysia, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur tetap dianggap perogol walaupun atas dasar cinta.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.