GST yang bakal dikenakan mulai 1 April 2015 cuma 6%.
Jika RM1 maka 6% cuma 6 sen.
Jika RM10 maka cuma 60 sen.
Jika RM100 pun baru RM6.
Jika RM1000 maka GST adalah RM60.
Jika gaji Demang RM3000 sebulan, 25hb dapat RM3000, 24hb berikutnya cuma tinggal RM10. Oh ya, selepas ini baki minimum mungkin RM10.60!
- Semuanya habis untuk 'Goods & Services' yang Demang gunakan setiap hari.
Jika mulai 1 April 2015 semua 'Goods & Services' yang Demang gunakan selama ini dikenakan GST maka RM3000 x 6% sudah menjadi RM180 sebulan.
RM3000 x 12 bulan berjumlah RM36000, maka anggaran GST mencecah RM2160 setahun.
Apapun kerajaan kata bukan semua dikenakan GST.
Cuma Demang tidak sempat mengingat yang mana satu kena GST, yang mana pula dikecualikan.
Takpe, lain kali Demang bawa senarai GST setiap kali berurusan.
Apa nak buat, Demang sayang kerajaan ini. Harap-harap peniaga tidak ambil kesempatan sebagaimana yang lepas-lepas.
Err.... apa lagi cukai yang perlu Demang bayar? Tol, roadtax, tanah, pintu, tingkap, jamban?
Bagaimana pula dengan cukai pendapatan serta cukai perniagaan? Bagaimana pula dengan kewajipan Demang untuk membayar zakat?
Majlis Fatwa Kebangsaan kata GST yang asalnya haram diharuskan jika negara sedang kesusahan. Oh... sedang daif rupanya negara Demang.
Mana perginya pakar-pakar ekonomi negara kita? Takkan lah belajar pandai-pandai cuma mahir 'copy and paste' dan edit sistem GST negara kafir?
Alahai negara Demang.
Saudara Demang , kedaifan negara kita adalah yang sengaja dicari , walau pun sayang kerajaan tetapi kerjaan tidak sayang kepada kita, Demang juga tahu tidakperlu beri contoh terlalu banyak , cina dipekan disusui, melayu dikampong menggigit jari.
ReplyDeleteInsyaallah , gst 1 april mungkin ditangguhkan kesatu tarikh lain yang sesuai, kerana masih banyak barang yang belum dinaikkan harga nya, jika naik sekarang atau selepas gst menampakkan seolah-olah kerajaan sangat kejam dan tidak perihatin.
ReplyDeletettp dilaksanakn juga..1st april ni. sy sbg seller online pn supplier dh naik kn hrga borong bcoz kna GST...so suwitttt
ReplyDelete