"Apa kaitan nilai transaksi dgn gst? Setau koi gst berdasarkan setiap produk dan servis yg didaftar melalui sistem. Hanya syarikat yg ada sistem yg bayar gst. Kedai runcit tak berhak kira gst. Peruncit hanya turunkan/passing 6% drpd harga yg dia bayar kpd pemborong. Malah pemborong pun belum tentu berdaftar dgn gst. Tak berhak kira gst jugak. Sepatutnya 6% dikira pada harga kilang. Klu kita beli pen harga rm1, gst + (30sen x 6%) sahaja. Kemudian kita bayar rm1 + (30sen x 6%). Itu yg koi faham masa peringkat awal gst dulu. Kalau rm1x6%, itu dah kira menipu."
Eh, mesej apa tu? Salah blog ke?
Rileks... anda masih di blog Waadat. Itu adalah mesej balas Demang kepada sebuah grup sosial. Demang pernah belajar di Bandar Ikan Patin dan bergaul dengan teman-teman yang menggunakan gantinama 'koi'.
Hari ini 30 April 2015 dan lusa GST akan bermula.
Pendirian Demang ialah, tidak perlu ada kenaikan pada harga pengguna apabila GST dilaksanakan! Pendekata, pengguna tidak sepatutnya bayar GST walau apapun definisi yang digunakan.
Masa GST mula-mula dicadangkan dulu, Demang beberapa kali diberi penerangan dan pendedahan tentang GST.
Pertama, GST menggantikan SST
Jika dulu SST antara 6-18% maka GST menyelaras kepada 6% sahaja. Sementara itu ada servis dan produk yang memang 0% dalam SST dan kekal 0% pasca GST.
Ertinya, pasca GST harga akan turun atau kekal. Maka apa alasan untuk peruncit naikkan harga?
Mari kita lihat info yang pernah Demang terima daripada kerajaan berkenaan GST:
HARGA KILANG: RM1 x 6% = 6 sen
Pemborong bayar RM1.06
PEMBORONG jual kepada pengedar RM1.50 + 6 sen
PENGEDAR jual kepada PERUNCIT RM2 + 6 sen.
PERUNCIT jual kepada PENGGUNA AKHIR RM3 + 6 sen.
Ertinya, GST bukan bermaksud RM3 x 6% yakni menjadikan harganya RM3.18 SEBALIKnya cuma RM3.06 sahaja (RM3 + 6sen)
Apa ertinya 6 sen?
Apabila peruncit jual sesuatu GOODS pada harga RM3 sebelum ini, sebenarnya harga yang dibayar pada pengedar mungkin RM2. Maka peruncit akan mengira untung runcit yang sewajarnya.
Sebagai contoh, lihat harga air mineral. Minggu lepas Demang beli sekotak air miniral jenama Cactus di pasaraya berharga 48 sen sebotol (500ml). Air yang sama dijual antara 80sen hingga RM1.20 di kedai runcit dan menjadi RM2 di taman tema air!
Berdasarkan contoh di atas, jika lusa pasaraya tersebut kenakan GST 6% maka 48sen + 6% = 0.028 sen. Maka Jika sebelum ini Demang jual RM1 sebotol dan untung 52 sen maka mulai 1 April 2015 perlukah Demang jual RM1.028 sen?
LIHAT, GST cuma 0.028 sen berbanding untung sebelum ini 52 sen. Tidak bolehkah peruncit korbankan 0.028 sen tersebut dengan kata lain UNTUNG 52sen tolak 0.028 sen dan peruncit masih mengaut untung 50 sen!
Sepatutnya GST tak perlu jadi isu langsung dan tidak perlu diuwar-uwarkan soal kenaikan akibat GST.
Malangnya Demang lihat kerajaan seolah terlalu menyebelahi golongan peniaga! Negara ini negara rakyat atau negara kapitalis? Ini adalah negara rakyat bersultan. Kapitalis hanya penumpang.
Demang kata, KAPITALIS. Demang bukan kata bangsa mereka. Semua bangsa ada kapitalis.
Demang menyeru agar semua pengguna bertegas dengan kerajaan dalam soal ini. Jika anda seorang peniaga insaflah bahawa anda juga seorang pengguna.
Demang sendiri seorang pengeluar produk. Apabila orang bertanya adakah Minyak Morhabshi akan naik harga? Demang jawab, syarikat kita tidak ada sebab untuk naikkan harga. Malah, Demang dapatkan satu formula baru bagi menjadikan harganya lebih rendah bermula 1 Mac 2015 tanpa merugikan sesiapa.
Tadi Demang kira harga runcit dan PERUNCIT. Bagaimana dengan pemborong dan pengeluar? Sebenarnya pengeluar dan pemborong sudah MAKAN BESAR sebelum ini. Kalaupun mereka mungkin perlu bayar RM10 juta x 6% selepas pasca GST namun mereka sudah larikan CUKAI berjuta-juta sebelum ini.
Kenapa kerajaan nak manjakan lagi mereka dan menjadikan pengguna akhir sebagai MANGSA? Bukankah selama ini pengguna sudah BAYAR pelbagai tax dalam setiap GOODS & SERVIS yang digunakan, TETAPI wang tersbut diGELAPkan (baca: diSONGLAPkan) oleh peniaga, yakni tidak dibayar kepada kerajaan.
Ingat, kerajaan dan peniaga adalah dua entiti yang berbeza TETAPI kadangkala memang orang yang SAMA.
Bukan semua yang berbulu ayam itu, ayam.
itu le...aku pun heran...kata sgt akan mengurangkan harga barang...tapi bini aku yg keje kat pasaraya aeon kata mlm esok(31hb) mereka akan tukar harga baru utk gst yg lagi mahal dari harga sebelumnya...jadi....dimana pemantauan dari pihak kerajaan...takkan le bila mulanya gst baru nak pantau? sepatutnya pihak bertanggungjawab pantau dari awal lagi dengan memeriksa harga baru yang akan peniaga letak bukannya dah letak harga baru nak pegi tengok...kerajaan ni mulut kata lain hati kata lain ke?
ReplyDeleteazhar
Azhar, Tu yang Demang musykil. Deme dah tak minat jadi kerajaan gamaknya?
ReplyDeleteBeli barang kt Mydin..mmg x der GST
ReplyDeletesalam bro 12.30pm...x kesian ke pada org yg tinggal kt ulu tembeling,gua musang, gerik,pendalaman sabah sarawak...kt sana mane nak carik mydin2 ni...ke, org2 kampong ni mmg tak kena gst..ce cite skit...
ReplyDeleteHasan malik tetap ada tapi tunggu masa untuk cium tangan Rosnah aje..mana ada masa nak turun buat pemeriksaan mengejut..lagi sekor BIAWAK HIDUP dlm barisan kabinet Najib.
ReplyDeletemydin dah lama naikkan harga, bab tu boleh promosi takder gst....company i pun akan markup harga jualan mulai 1 april
ReplyDelete