Nampaknya cabaran demi cabaran yang dilontar TunM akhirnya disahut Najib secara tegas bahawa beliau tidak akan berundur hanya kerana dipaksa oleh pihak tertentu.
Para pemerhati serta merta melihat sahutan Najib dari Bumi Kenyalang itu sebagai tanda beliau telah bersedia untuk bertanding di pentas terbuka.
Tanpa ragu-ragu sudah ada pihak yang berani menamakan ahli pasukan yang akan menentang Najib, yang tentunya diketuai Tun Mahathir. Para pemain utama dalam barisan itu yang disebut termasuklah orang nombor dua dalam UMNO dan kabinet, KJ, dan Zahid Hamidi. Turut tersenarai ialah Pemuda UMNO.
Demang lihat boleh tahan juga barisan pelawat tersebut manakala senarai pemain pasukan tuan rumah masih belum begitu jelas. Barangkali para pemain profesional masih menimbang-nimbang untuk menyertai pasukan mana satu. Sudah tentu soal bayaran antara faktor yang diambil kira.
Kelebihan penyandang selain bayaran, ia mempunyai 'kuasa' bagi menyekat pemain gred A daripada berpindah ke pasukan lain. Barangkali Najib boleh melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat dengan menyingkirkan pemain yang diragui dan melantik orang yang lebih dipercayai.
Apapun bagi Demang konflik yang sedang berlaku sekarang bukanlah bonus kepada pembangkang kerana UMNO sedang melakukan proses pemerkasaan dalaman bagi menarik kembali sokongan rakyat.
Bagi Demang, samada Najib kekal sebagai PM atau negara mendapat PM baru, ia adalah proses menguatkan BN dalam menghadapi PRU-14.
Adalah lebih baik pembangkang berdoa agar kemelut dalam UMNO ini segera selesai dan tiada sebarang perubahan berlaku sehingga PRU-14 nanti.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.