Yang ini sunni
Yang itu syiah
Yang sinu?
Oh, itu wahabi.
Yang situ?
Situ salafi.
Yang itu pula?
Yang itu?
Itu lah tariqat...
Yang sebelah tu tabligh
Yang sana tu ...
Ada lagi kat belakang tu, namanya ...
Kat depan tadi dipanggil ...
Fuh. Banyaknya pecahan. Demang dengar, Islam akan terpecah 73 firqah di akhir zaman.
Demang tidak mahu mengulas siapa yang benar siapa yang sesat kerana semua pihak mengatakan mereka yang BENAR!
Untuk apa Rasululullah saw diutus kepada manusia? Ya, untuk meng-esa-kan Allah, menunjuk jalan yang lurus dan membawa seramai yang boleh ke syurga. 'Ramai-ramai' juga bermaksud bersatu.
Rasulullah saw berdakwah siang malam menyatukan manusia. Dikiblatkan ke satu arah agar manusia faham mereka itu bersatu.
Rasulullah saw beritahu semua manusia sama sahaja melainkan taqwanya kepada Allah.
Malangnya ada ulama yang sengkek ilmu dan muflis idea mengambil jalan mudah dalam berdakwah, jika ada yang tidak sependapat, dicopkan sahaja sesat dan dia berlepas tangan dalam berdakwah. Apabila sudah tidak mampu mengawal ego maka diisytihar perang.
Demikianlah perangai buruk manusia yang digelar ulama oleh pengikutnya. Sebenarnya mereka sekadar berkumpul sesama manusia yang merasa diri hebat lantas menamakan diri mereka jemaah Islam. Padahal mereka hanyalah sekumpulan manusia yang kebetulan mengambil jurusan agama semasa belajar, dan cuba-cuba berdakwah namun kecewa dan tidak tahan ujian. Mereka dengan mudah disesatkan oleh syaitan laknatullah.
Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Makin kuat iltizam untuk buat kebajikan, makin banyaklah tentera syaitan berpangkat jenderal turun menghalang.
Ulama yang tidak tahan diuji akan tersungkur di pintu syurga. Niat untuk berdakwah akhirnya tanpa sedar berubah menjadi pemecah belah ummat.
Ulama yang hebat mengatasi ujian dengan mencari kaedah dan strategi baru bagi menangani kedegilan manusia. Mereka memahami sifat dan sikap manusia dan tidak putus asa mendekati mereka.
Sebenarnya ulama hebat lebih ramai daripada ulama tiruan. Namun ulama tiruan pun ramai penggemar. Maklumlah, dalam dunia ini manusia yang paling ramai ialah manusia jahil. Lihat rajah piramid, bukankah pada tapaknya yang paling ramai?
Ulama muflis-idea mencapai kemenangan dengan cara menjatuhkan pihak lain. Mereka tidak ada idea untuk 'menang-menang'. Bagi mereka, perpecahan adalah sumber kekuatan dan akan menjadikan mereka lebih hebat memimpin puak masing-masing.
Bahkan ada yang melihat betapa karier mereka akan mati jika ummat Islam bersatu.
73 golongan, satu jer yg selamat.
ReplyDeleteYg selamat tu adalah golongan org org yg bertaqwa (19:71-72 ; 23:53-61). Yg lain lain tu, yg 72 golongan lg takder jaminan keselamatan. Tp Nabi saw kata "ummatku", ikut paham aku Islam lg ler tu.
WaAllahu'alam !
Apapun, semua Ahli Kalimah Syahadah, tak kufur, tak syirik, sedara ler kita. Tak kira ler tabligh ke, tarikat ke, sunni ke, salaf ke, umno ke, pas ke, pkr ke, atas pagar ke. Siapa yg paling betul, siapa yg paling baik ? Yg paling taqwa ! Siapa yg paling taqwa ? WaAllahu'alam ! Jgn ler nak perasan pulak !
Kita boleh kemukakan pendpt kita tp tak boleh nak paksa org terima, dan kalau org tak terima, jgnlah nak marah pulak. Esok jawab ler sendiri sendiri.
Siapa org bertaqwa ?
ReplyDelete1. Mestilah beriman dgn rukun iman yg 6.
2. Beramal dgn amal amal yg soleh, tidak 'asi.
3. Berakhlak yg baik ; pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, dan bila bersalah atau tersalah segera minta ampun dan taubat.
WaAllau'alam !