Tuesday, July 21, 2015

Klinik cekik darah

Malam kelmarin Demang singgah di sebuah klinik swasta di Sungai Besar Selangor. Klinik 24 jam. Entah siapa pemiliknya tetapi terpampang nama punjabi pada papan tandanya. Dia punyalah agaknya.

Ini bukan pengalaman pertama Demang. Cuma Demang pun malas lah nak kecoh-kecoh semua perkara. Apatah lagi bagi Demang tugas kedoktoran adalah tugas mulia.

Anak Demang demam sikit dan biasanya doktor akan beri ubat demam serta antibiotik. Biasanya di Melaka klinik swasta akan caj antara RM30 hingga RM40 atau jika selepas 12.00 malam mungkin RM50 atau RM60.

Klinik benggali semalam? RM125. Untuk mengabui mata pelanggan maka doktor itu memberi berderet-deret ubat yang tidak begitu perlu untuk pesakit demam.

Ada wanita sebelum itu dikenakan caj hampir RM200. Mungkin sakitnya lebih serius.

Akhirnya Demang pulangkan semula ubat itu dan beri RM10 kepada petugas klinik sebagai upah doktor memeriksa anak Demang tadi.

Pagi tadi Demang bawa anak ke klinik kerajaan. Doktor di situ memeriksa dengan rapi, bertanya sejarah perubatan, jika ada kes denggi di sekitar tempat tinggal. Beliau mengambil sampel darah untuk diuji.

Doktor kerajaan memang terbaik setakat yang Demang pernah jumpa.

Alhamdulillah, hanya demam biasa. Demang diminta membayar RM1 (RINGGIT MALAYSIA SATU SAHAJA).

Klinik semalam kena RM125 dan doktor sekadar bertanya sakit apa dan sudah berapa lama?

Sebenarnya pembantu klinik atau tukang cuci premis swasta itupun boleh ambil alih tugas doktor tersebut bila-bila masa. Demang pun boleh rasanya. Bagi lah kursus 1-2 minggu.

Sebenarnya bukan Demang tidak mampu bayar RM125 itu tetapi jika Demang bayar dan berlalu begitu sahaja maka semakin naik lemak lah doktor itu dan doktor-doktor swasta yang sewaktu dengannya. Makin berleluasa lah mereka mencekik darah penduduk sekitar yang rata-rata hanya bekerja di kampung tradisional dengan pendapatan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika malamnya terpaksa ke klinik dan kena RM100-200, kesian rakyat marhaen. Dengan jumlah tersebut, berapa hari perbelanjaan keluarga terpaksa diurung?

Demang rasa pihak berkuasa perlu tengok-tengok klinik swasta terutama di pekan kecil macam Sungai Besar itu. Bukan semua doktor baik hati budinya. Ada yang sekadar mencari untung dan tidak peduli masalah orang lain.

Di bandar pun serupa sebab orang bandar pun bukannya kaya. Ramai buruh tinggal di bandar besar. Cuma di bandar, klinik lebih banyak dan ada pilihan. Banyangkan seluas Sungai Besar dan Sabak Bernam itu hanya ada sebuah klinik 24 jam. Bermaharajalela lah gamaknya mengaut untung atas kesusahan orang lain.

Husin Lempoyang si saudagar unta pun lebih berperikemanusian.

2 comments:

  1. sangat melampau lah kalau takat demam gitu2 jer.harga kat klinik ni pun ikut tempat gak . kalau kwsn kononnya elit takat selsema ngan batuk2 manja tu pun kena cekik RM80.00 lah jugak.

    ReplyDelete
  2. tempat saya tu. eloklah war-warkan. skil kena tahu. jika tak puas hati dengan kos ubat yang bukan-bukan serta harga tak masuk akal, beri sahaja wang rm10 dan tinggalkan premis tersebut tanpa ambil ubat. pergi sahajalah ke bahagian kecemasan mana2 hospital sebab memang ada m.a atau doktor yang bertugas untuk rawatan kecemasan. hati kena keras untuk menjaga prinsip.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.