Wednesday, August 5, 2015

Najib selamat

Nampaknya Najib sudah boleh menarik sedikit nafas lega sejak malam tadi apabila orang Melayu mula memahami maksud dana pilihanraya.

Sebagaimana posting Demang semalam, semua parti politik di Malaysia memiliki simpanan yang dipangil dana pilihanraya. Rakyat tiada masalah tentang itu sebab yang menghabiskannya pun bukan orang lain.

Setakat ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan wang tersebut daripada sumber rasuah atau penyelewengan. Penderma tidak bernama tersebut dikatakan daripada negara timur tengah bagi mempertahankan kerajaan Islam di sebuah negara yang jadi rebutan antara orang Islam dengan puak kuffar.

Orang yang biasa berperang dengan puak kafir faham situasi Malaysia yang dikongsi dengan penganut agama lain ini. Bagi yang tak faham akan selalu membohongi diri sendiri bahawa kafir di Malaysia tidak berminat untuk merampas pemerintahan. Kononnya mereka cuma nak cari wang.

Ingat, cari wang bukan hanya dengan berniaga. Merompak, menipu, dan merampas pun boleh.

Merampas? Ya. Merampas tidak semestinya guna senjata dan kekerasan. Melalui demokrasi pun boleh. Apatah lagi demokrasi bercampur liberal.

Formula paling praktikal ialah dengan melaga-lagakan orang Islam. Satu pihak disuapkan kemewahan manakala satu pihak lagi dihasut supaya marah! Apa-isu pun boleh diperbesarkan.

Setakat ini kita dapat tahu UMNO ada RM2.6b. Berapa pula dana pilihanraya DAP? Dana pilihanraya bukan sahaja digunakan ketika pilihanraya malah untuk pelbagai strategi termasuk mengupah tentera maya  dalam media sosial.

10 comments:

  1. ..da tu nape plak account tu DI TUTUP kalo takder sebarang kesalahan?..memula WSJ bukak pekung si bapok tu nape ugut nak saman kate fitnah, siap pencacai bgtau ejaan salah larr, swift code tak betul larr..so aper citer demang???..kau pun sama gak lar nak membodokan rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tutup akaun berkemungkinan tidak mahu mendapatkan keuntungan melalui kadar faedah bank. 3% x RM2,600,000,000.00 (RM2.6B)= RM78,000,000.00 (RM78 juta). Mungkin juga disebabkan perkara2 lain. Wallahulam..

      Delete
  2. rupanya UMNO berfikiran rakyat Malaysia masih bodoh lagi...
    UMNO masih di dunia UMNO ...bukan dunia sebenar...

    ReplyDelete
  3. Tutup akaun sebab dia dan punaisihat terkedu ... rahsia terbongkar.

    ReplyDelete
  4. Najib memanglah selamat ..duit berbeliyon..ape yg susah..rakyat kat bawah ni ha nak cari RM50 sehari smpi muntah hijau..kos belanja sehari da lebih RM50.. rakyat yg tak selamat, najib selamat..duit ader..bodyguard/penasehat beratus ratus, rumah kat LA/Lonndon/Australia pun ader....aper citer demang???

    ReplyDelete
  5. Eleeee....yang puak PAS / PKR / DAP kutip derma masa ceramah/ duit tabung Mamali/derma rakyat Kelantan nak bina Lebuh Raya Rakyat kemana pergi duit tu? ada akaun ke tidak. Siapa Odit? Siapa simpan? Pernah bentang penyata kutipan tu atau tidak. Mat Sabu?/Husam simpan ke? Mesti tak boleh jawab punya.Taik sendiri ditepi hidung sendiri tak nampak dan tak terbau, taik orang dalam tandas pulak dia orang nampak......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taik tetap la taik tak kira la sape yg punyer ..tapi ini 2.6 beliyon BESARRR punya TAIK..

      Delete
  6. buka akaun utk masuk dana derma piliharaya,bila dana dah masuk semunya di serahkan kepada parti utk kegunaan belanja piliharaya.lepas pliharaya habislah duit tu.kalau duit utk personel,barulah terus ada dalam akun tu.Bingai nya yg tanya mengapa akaun di tutup.Itu lah buktinya duit tu memang 100% utk pilharay,bukan utk personel Najib.

    Sebab tu dia orang ni banyak soal,dan soalan pulak menampakan kebodohan sendiri,sikit pun tak boleh fikir.2X5 dgn si tua nyanyuk yg tanya pasa 1MDB,dah di jawa pun tanya lagi.

    ReplyDelete
  7. Jawablah mcm mana pun...macai PR x faham2 jgk, mmg bodoh. Bodoh mcm lembu.

    ReplyDelete
  8. Aku bukan PR, kami antara yg undi UMNO masa PRU hari tu..salah ke nak minta penjelasan..boleh tak pro Jibby balas hujah secara beradab?Aku tak heran kalau pro-Jibby ni suka komen belit2 dgn jawapan macam haram sbb Jibby pun macam tu..ye tak? Tapi bagi la hujah yg meyakinkan...aku takut 2-3 hari esok2 info lain keluar, ko dah lupa apa yg ko komen hari ni...thanks

    Nota kaki: kat bahagian bawah tu ada peringatan:
    "Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
    Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
    Terima kasih.."

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.