Sunday, August 2, 2015

Rosmah selamatkan najib

Berapa peratuskah lagi rakyat yang masih sudi menerima Najib sebagai PM?

Demang percaya orang Najib pun tidak berani menjawab soalan tersebut dengan jujur, melainkan dia sudah lama tidak bertemu orang ramai atau gagal bersambung dengan internet.

Jangan ditanya orang Mahathir yang digelar protun. Sudah tentu jawapannya -10. Mereka tidak ada idea untuk membina atau membaiki. Bagi mereka hanya ada satu cara dalam dunia ini iaitu tukar yang baru.
Sebahagian dari mereka ini jugalah yang terlibat mendesak Tun Mahathir dan Paklah meletak jawatan dulu.

Demang tidak mahu meneka kemungkinan mereka ini sanggup menukar isteri apabila timbul masalah.

Sejujurnya Demang sendiri merasakan usia jawatan PM yang ada pada Najib sudah hampir tamat. Apatah lagi melihat beberapa muka lama yang telah direkodkan oleh rakyat sebagai hampas dimasukkan kembali dalam kabinet baru Najib.

Ada rakan bagitau Demang kabinet kayu. Demang jawab, kalau kayu jati, baguslah. Demang rasa yang dimaksudkan beliau ialah kabinet dapur yang ada di rumah Najib.

Cuma ada seorang manusia yang boleh memujuk dan mendapatkan kembali simpati rakyat. Itu pun jika beliau sanggup.

Siapa orang itu?

Tun Mahathir? Bukan. Tun M sudahpun memberi peluang pada Najib untuk menjadi PM maka rakyat sudah sukar untuk mempercayai Tun jika beliau mencadangkan Najib kekal sebagai PM lagi.

Jika Tun mampu menentukan siapa boleh jadi PM maka mudah sangatlah. Suruh sahaja Tun sebut nama seseorang, selesai masalah. Tak perlu susah hati dengan PRU14 nanti.

Namun proses untuk mengangkat seseorang sebagai PM bukan mudah. Tun M bukan penentu sebaliknya beliau cuma menyampaikan kehendak majoriti rakyat. Kalau tak mahu dengar, terimalah keputusan sebenar daripada rakyat nanti. Masalahnya, kalau rakyat nak buang PM mereka terpaksa buang dengan UMNO dan BN sekali

Jadi, siapa orang itu?

Najib kenal sangat orang itu cuma mungkin Najib kadang-kadang keliru kenapa Allah menciptakan wanita itu untuk berada di sisi beliau. Orang itu ialah Rosmah Mansur.

Demang bukan nak tuduh Rosmah buat macam-macam seperti yang disebar dalam media sosial. Demang juga tidak setuju apabila Tun mempersoalkan cincin Rosmah.

Demang cuma mahu Rosmah kembali menjadi isteri yang solehah. Soal solat, zakat, dan sebagainya Demang tidak nampak tetapi secara zahirnya yang terlihat ialah beliau masih belum menutup aurat sepenuhnya.

Penting sangatkah bertudung? Demang bukan ahli hukum tetapi sebagai penulis blog politik itulah kehendak pengundi muslim. Soal dia dengan Allah, itu masalah dia.

Selepas lengkap menutup aurat, Rosmah perlu bersemuka dengan rakyat. Buat kenyataan bersama suami bahawa beliau meminta maaf jika terdapat sebarang kesilapan beliau sebelum ini.

Mungkin beliau bukan betul-betul bersalah namun demi kelangsungan politik suami dan mengekalkan kedudukan sendiri selaku isteri PM, apa salahnya mohon maaf. Biar rakyat sejuk sedikit.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh Rosmah ialah berusaha untuk menjadi isteri solehah. Tugas isteri solehah bukannya bekerja bersama suami seolah-olah memegang suatu potfolio khas negara.

Tugas dan tanggung jawab PM sangat banyak. Isteri solehah perlu pastikan suami dalam keadaan selesa dan elakkan dari menimbulkan masalah. Demang kata: elak. 'Buat' lagi lah tak boleh.

Suami Rosmah bukan orang biasa. Beliau adalah ketua pentadbir sebuah negara. Beliau penasihat utama pada Yang Dipertuan Agong yang menjadi Ketua Negara. Rosmah jangan keliru pula dengan jawatan itu.

Demang percaya jika Rosmah Mansur sanggup melakukan perkara ini, rakyat akan simpati dan pembangkang akan hilang separuh isu. Selebihnya kita fikirkan penyelesaiannya sama-sama.

Cuba buat yang itu dulu.

5 comments:

  1. HARAP Rosmah baca komen tersebut dan berubahlah. Saya sudah 2X menegur Rosmah Mansuh menerusi surat yg di email kpd DS NAJIB dan kepimpinan UMNO (TPM/Ketua Wanita/Pemuda dan beberapa pemimpin UMNO lain). Tapi usaha saya tu ibarat mencurah air ke daun keladi. Ya Allah berilah hidayah dan taufiq Mu kpd Datin Sri sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn demang. Politik sekarang hampir 90% politik persepsi. Wajar & tak wajar bukan jadi pertimbangan sangat. Apa yang didengar lebih utama berbanding hasil carian sendiri. Kita bukan mengharapkan rosmah tutup aurat untuk tipu rakyat, tetapi menunjukkan contoh muslimah sebagai isteri pm. Adakah terlalu sukar untuk bertudung menutup aurat? Jika menutup aurat, isu rambut kembang yg maintenan sampai ribu2 akan tenggelam. Jadilah isteri peneman pm, bukan berganding dgn pm menjalankan tugas. Bekerja utk pm sahaja, bukan ambil sebarang tugas untuk naikkan nama pm. Berjalanlah di belakang atau sebelah pm, bukan mendahului pm. Jika ini mampu rosmah lakukan, meluat rakyat akan berubah. Tak percaya, cubalah...

    ReplyDelete
  3. Blog makan TAIK!!

    BLGO GOBLOG!!!

    ReplyDelete
  4. penulis blog ni pun tulis ikut otak palo lutut.. kalo hukum tutup aurat pun kau nak pertikai baik jgn jadi umat ISLAM..

    ReplyDelete

  5. ...

    ---------------------------------------------
    Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO!!!
    ---------------------------------------------
    Muhyiddin Baik. Tiada Skandal - Ahli2 UMNO Johor Tiada OTAK Ke?


    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<



    ------------------------------------------------------------------
    Singkir Muhyiddin - Perjuangan Puteri UMNO Johor Makin BUSUK!!
    ------------------------------------------------------------------
    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<



    -------------------------------------------------------
    PRK Putrajaya - Muhyiddin Tanding Calon PARTI BARU!
    -------------------------------------------------------
    Tengku Adnan Tengku Mansor dijangkakan akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kpd Muhyiddin...

    Najib sepatutnya memberi peluang kpd Muhyiddin menjadi PM satu penggal bukannya menendang semudah itu pemimpin yg baik dan berkata benar itu...


    Ini saja caranya utk memastikan ahli2 UMNO seluruh negara menukar pemimpin no.1 mereka..

    Muhyiddin mempunyai pengaruh dan kreadibiti yg jauh lbh kuat berbanding Najib..

    Perjuangan UMNO Johor terbukti busuk apabila memilih kotor berbanding yg lebih baik


    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<



    ------------------------------------------------------------------
    TERGEMPAR - Muhyiddin Akn Hantar 200 Surat Ke UMNO Bahagian!!!
    ------------------------------------------------------------------
    Sumber Berita

    >> https://youtu.be/4WTwQkcCrxY<<
    >> https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iN6yMOHl-9I <<
    >> https://youtu.be/zEJma8Ld5fM<<

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.