Minggu lepas warga media sosial diviralkan dengan satu mesej kononnya persoalan dari seorang bukan Islam iaitu kenapakah masih ada orang Islam yang miskin sedangkan kutipan zakat berjuta-juta setiap tahun?
Maka seperti biasa ramailah yang melatah. Sebagaimana lazimnya berlatah, si pelatah akan menyebut sesuatu tentang orang lain. Kalau orang Kedah melatah maka yang terlontar ialah perkataan seperti 'anu pak hang', 'anu mak hang' dan sebagainya.
Oleh kerana isu berkaitan zakat maka yang dihamun para netters ialah pusat zakat.
Persoalannya, benarkah jika masih ada orang Islam yang miskin maka itu kerana kesalahan urus tadbir zakat? Apa pula peranan dan tanggungjawab kita yang kadangkala berjiran dengan keluarga miskin?
Kononnya sipenyoal adalah orang bukan Islam. Adakah dia tahu bahawa wang kutipan zakat bukan hanya untuk orang fakir dan miskin sahaja? Ada 8 asnaf yang berhak menerima zakat.
Berikut lapan golongan asnaf yang layak menerima wang zakat sebagaimana firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
Maka ringkasannya:
1. Fakir.
2. Miskin.
3. Amil.
4. Muallaf.
5. Riqab.
6. Gharimin.
7. Fisabilillah..
8. Ibnus Sabil.
Pembahagian zakat di atas bukan direka oleh manusia bahkan ia merupakan perintah Allah swt. Lihat petikan ayat al-Quran di atas. Jika kita rasa ia tidak baik maka itu adalah kerana kita yang gagal memahami hikmah di sebalik perintah Allah. Jangan sampai kita secara tidak sedar mempertikai perintah Allah taala. Nauzubillah.
Kenapa begitu mudah terpesona dan keliru apabila diprovok?
Dalam pada itu ada pula yang dengan bangganya mengaku mereka sudah tidak percaya pada pusat zakat dan menyerahkan sendiri zakat kepada orang miskin.
Ia tidak salah tetapi perlu diingat bahawa bukan hanya golongan fakir dan miskin sahaja berhak menerima zakat. Ada enam lagi asnaf yang berhak ke atas wang itu. Jika majoriti individu orang Islam menyerahkan sendiri zakat kepada golongan tersebut maka bagaimana dengan enam asnaf lain?
Sementara itu, adakah individu pembayar zakat itu mempunyai senarai semua asnaf fakir dan asnaf miskin? Tidakkah nanti akan berlaku sebahagian orang miskin menerima zakat daripada beberapa pihak manakala ada pula yang langsung tidak terserempak dengan pembayar zakat?
itu baru dua asnaf. Ingat, kita ada lapan asnaf yang berhak ke atas wang zakat!
Mahu tidak mahu kita kena akui bahawa pemusatan kutipan dan agihan wang zakat memang perlu!
Persoalan baru Demang ialah kenapa orang bukan Islam tersebut mempersoalkan hal ehwal orang Islam? Adakah ia ikhlas untuk membantu, atau kerana jahil? Atau secara sengaja mahu orang Islam saling mempersalah antara satu sama lain dan seterusnya merosakkan sistem yang dibina ribuan tahun?
Apabila kita mengaku menjadi pengikut Muhammad SAW maka diri kita adalah muslim dan mukmin. Sebagai muslim kita memperakui dua kalimah shahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, seterusnya mengamalkan 4 rukun lain iaitu solat, membayar zakat, berpuasa, dan menunaikan haji.
Manakala sebagai mukmin kita mempunyai enam kepercayaan tanpa berbelah bahagi.
Lima rukun Islam berupa aturan (sistem) yang wajib dituruti dengan sempurna. Jika cicir salah satunya maka apa akan jadi?
Maka Demang buat andaian, percubaan orang bukan Islam tersebut mempersoalkan kutipan zakat adalah bertujuan merosakkan salah satu sistem dalam Islam. Ia adalah usaha menggugat kepercayaan sesama Islam dan akhirnya apabila tiada lagi kepercayaan maka sistem akan runtuh.
Orang kafir adalah wakil syaitan dan antara modus operandi syaitan ialah menimbulkan rasa was-was dalam hati manusia.
Kenapa kita mudah terpengaruh?
Akhir kata Demang ingin lontarkan satu persoalan pada sikafir tersebut. Semua orang tahu bahawa kaum cina menguasai ekonomi di Malaysia. Bahkan dalam ranking 10 individu terkaya di Malaysia, sebahagian besar adalah daripada kaum cina. Soalannya, jika demikian kuat ekonomi orang cina kenapa masih ada orang cina yang berada dalam kemiskinan?
Sebelum mempertikaikan institusi zakat orang Islam, pergilah pertikaikan taikun-taikun kaum anda yang hanya tahu membesarkan perut sendiri dan kaum kerabat mereka sahaja.
Kepada pusat zakat, pertingkatkanlah kualiti perkhidmatan kalian dan berusahalah membantu dengan hati yang ikhlas.
Zaman Nabi saw dulu, ada ke Sahabat Sahabat, bayar zakat direct kpd fakir miskin ? Kan ke semua serah pd wakil Nabi saw ?
ReplyDeleteMinta pencerahan mana mana ust.
Zaman nabi saw dulu duit zakat tak diguna utk beli saham.
ReplyDelete