Hari ini media perdana melaporkan dua orang bergelar tan sri ditahan kerana cuba merasuah penguat kuasa bagi mengelakkan tindakan kerana terlibat dengan rasuah.
Para pemerhati dan para penyibuk isu dengan segera menafsir bahawa ia adalah tanda pru-14 hampir tiba.
Bilapun tarikhnya, yang paling penting ialah pengundi yang layak ialah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang telah mendaftar. Jika belum berdaftar, duduk diam-diam.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang menentukan setiap kawasan pertempatan diberi sempadan dan dinomborkan sebagai P001 hingga P222. Penduduk setiap kawasan tersebut akan memilih seorang wakil yang akan dikhaskan sebuah kerusi di dewan parlimen nanti.
Kerusi itulah yang direbutkan sejak 1952.
Oleh kerana beliau adalah wakil rakyat setempat maka antara ciri penting calon ialah berdasarkan kaum atau agamanya.
Maknanya, jika di kawasan tersebut majoriti orang Islam maka parti-parti atau individu yang akan menawarkan diri sebagai calon untuk bertanding ialah seorang yang beragama Islam.
Sebagai contoh, BN akan meletakkan calon daripada UMNO dan pembangkang akan memilih samada PAS, PKR, PBM atau lain-lain yang beragama Islam. Demang dengar-dengar, DAP pun dah ada ahli beragama Islam.
Yang dikatakan majoriti bukanlah dengan meninjau dari simpang jalan atau dari helikopter bagi menentukan kaum mana yang ramai di situ. Sebaliknya ia ditentukan berdasarkan senarai pemilih berdaftar. Kalau ramai orang tapi tak ramai yang berdaftar, tak ada gunanya.
Seterusnya... Nanti kita sambung lagi.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.