Beberapa bulan sebelum sheikh abdul hamid meninggal dunia, saya dan isteri sempat mengunjungi beliau di Maahad Islamiyah Derang Kedah.
Dalam usia lebih 80 tahun beliau tampak masih sihat. Malah sambil ketawa kecil beliau memberitahu telah dilantik menjadi pengurus dua team bola sepak di situ.
Masa kami tiba beliau sedang menyusun lembaran2 kertas. "mari susun ni." katanya. Kami pun ikut menyusun kertas2 tsbt.
Itulah kitab attabib walhikmah yang memuatkan pelbagai ramuan perubatan, doa, petua, serta panduan rawatan.
Setelah kami selesai menyusun, beliau mengambil 10 naskah dan menghulurkan pada saya. "Buat apa?" tanya saya kebodohan. "Jual lah." jawab beliau. "Berapa ringgit?" tanya saya lagi. "lima ringgit." Saya pun kata, insya-Allah.
Beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia. Seingat saya, tiada sakit apa-apa.
Selepas beliau tiada baru saya terfikir, kenapa kitab yang kos cetakan pun lebih kurang RM5, kenapa nak dijual RM5 sahaja?
Sebenarnya bukan nak jual tetapi beliau nak ilmu yang beliau rakamkan dalam kitab itu disebar dan terus digunakan oleh orang ramai.
Justeru inilah sebabnya saya letak kandungan kitab Attabib Walhikmah tersebut di www.morhabshi.blogspot.my supaya dapat diambil oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua.
Insya-Allah.
Mohon kerjasama anda untuk sebarkan agar pahalanya berpanjangan.
Jazakumullah khairan katsiran.
Minyak Morhabshi salah satu produk yang diasaskan Sheikh Abdul Hamid yang semakin terkenal.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.