Balkoni itu tambahan. Lukisan di dinding itu hiasan. Begitu juga lantai mozek, perabot cantik, radio tv, dan langsir. Semuanya hanya tambahan dan perhiasan. Semua itu boleh kita miliki hanya setelah yang asas disempurnakan.
Pada agakan Demang yang cetek ilmu ini, yang layak mempunyai benda-benda itu ialah golongan wali dan anbia' atau sepaling tidakpun orang yang menyempurnakan solat serta amalan fardhu lain.
Itu sebabnya kita selalu merasa hidup ini terlalu susah. Kita berhempas pulas untuk mendapatkan perkara tambahan padahal perkara asas belum disempurnakan. Tidak sedikit juga yang bimbang apabila sudah memenuhi kewajipan asas maka ia tidak lagi merasa perlu pada perkara lain.
Apabila kita gagal menyempurnakan kewajipan asas itu bermakna kita belum layak memiliki perkara tambahan, apalagi perhiasan. Jika kita paksakan diri juga maka kita akan berhutang atau mendapatkannya secara tidak sah. Dapat memang boleh dapat tetapi adakah kita benar-benar berhak?
Hutang perlu dibayar dan perbuatan mengambil tanpa hak akan didenda. Itulah yang kita hadapi sekarang. Kita dibebani dengan pelbagai masalah yang sebenarnya satu proses menampung hutang akibat berbelanja di luar kemampuan.
Jika tidak lunas segala hutang, di akhirat kelak akan didenda dengan hukuman.
Minyak Morhabshi
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.