Nak cerita pasai minyak morhabshi yg org dok heboh la ni. Depa panggil minyak morha. Bukan la minyak ajaib. Depa aja yg kata ajaib. Nak buat sendiri pun boleh. Pakai minyak makan aja. Lps tu campoq2 bahan lain sikit. Bacakan doa & ayat al-Quran.
Prolog:
Agaknya masa arwah ustaz hamid bukak kitab, dia jumpa bahan pelik nama morhabshi. Dia jumpak byk khasiat Allah taala bagi kat morhabshi ni. Sejak zaman mesir, zaman rom, zaman rasulullah saw, zaman khalifah... Semua tamadun manusia mengiktiraf morhabshi. Dulu2 morhabshi ni nilainya macam emas. Hampir semua penyakit guna morhabshi. Arab kata mur (pahit). Inggeris sebut myrrh. Inggeris pelat. Melayu panggil mur orang habshi maka jadilah morhabshi. Sama la tu. Try google tengok. Ubat selalunya pahit. Masa ustaz hamid pi mekah, dia beli morhabshi bawak balik dan campuq dgn minyak makan.
Ilmu herba
Ustaz hamid ni ada la jugak ilmu pasai herba2. Maka dia kaji dan campoq sekali la. Dia belajaq dgn tok2 guru dia. Bukannya main hentam camtu aja. Dulu mana ada google, youtube, wikipedia... Kena berguru. Sambil tu, ilmu homeopathy pun dia ada tauliah. Dia masuk kuliah, mengadap guru. Bukan baca buku sendiri aja dan bukan belajaq tepi jalan atau tiru2 org. Sementelah, dia pun ustaz.
Resource
Dlm perpustakaan kecil di rumah ustaz hamid kitab2 arab, buku2 melayu dan inggeris bersusun dlm lemari. Saya selalu pinjam tapi tak pernah pulangkan. Masa dulu org kedah kalu tak reti inggeris bukan org kedah la. Kalu tak, takkan ustaz hamid boleh tulis kitab2 perubatan herba dan buku perubatan homeopathy. Saya ni, toksah kata nak tulis buku, baca bukupun malas. Lepas pencen dia mengajaq di maahad pulak. Kira syeikh la.
Ustaz Doktor
Ustaz hamid dengan ustaz ahmad pengasas maahad islamiyah derang memang bersahabat baik. Begitu jugak dengan Dr Azizan pengasas era edar. Sama-sama dengan Dr azizan bukak klinik homeopathy di jitra. Jika di barat, pengamal homeopathy juga dipanggil doktor. Tapi oleh kerana dia ustaz, orang tak panggil doktor. Dengan ustaz ahmad ulak, lepas pencen, ustaz ahmad mintak dia buka klinik di derang.
Sukan
Selain tu, ustaz hamid minat bola sepak. Bab bola ni, zaman 70an-80an sapa tak kenai ustaz hamid di jitra-alostaq? Sampaikan padang bola tepi menaksah (surau) paya kemunting pun orang panggil padang bola ustaz hamid. Orang pas, orang umno pun dia kawan baik. Dia pun mengajaq merata menaksah, masjid.. sambil juai minyak morhabshi. Macam sahabat2 dulu la... Berdakwah sambil berniaga. Cuma masa tu pakai botoi kaca lekat kertas potostat aja. Facebok pun takdak. Mana nak boh testimonial...? Tapi kalau tak ok, takkan la sampai lps dia meninggai pun orang dok cari lagi. Allah punya kuasa bagi berkat kat ulama. Ramai yg sembuh.
Warisan
La ni kami la pulak anak cucu sambung buat. Anak bongsu arwah iaitu ustaz radzi yang femes dengan lagu cinta untuk nabila pun sokong. Dia pun kerap orang panggil ceramah merata. Sat dengan akhil haey la, sat dengan syamsul ghau2 la... dengan nasir bilal khan pun ada. Di langkawi boleh kata tiap2 malam baca kitab di menaksah dan masjid. Kebetulan kerja pun dengan jabatan agama islam kedah. Ustaz radzi 'melissa' ni mengaji pondok dan ada 4 senawi. Sapa pernah jumpak, sembang dengan dia, tau la. La ni anak sulung dia, ustaz firdaus pun dok mengajaq merata.
Cerita asai
Isy... Panjang pulak merapu sampai takdan nak sebut pasai khasiat minyak morhabshi atau la ni orang panggil minyak morha. Camni la. Nak sambung pun dah berjela. Boleh la tengok2 kat fb kami ada lebih 2500 testimonial orang yang pernah guna minyak morhabshi. Macam2 kes ada. Saya juai sikit2 sejak 1996. Dah 20 thn. Kalau saya nak muhong, 19 thn dulu dah kena katok dgn org. Tapi alhamdulillah ramai yg respon puas hati dgn minyak morhabshi. Malah ada pengguna 20 thn lepas masih terus guna sampai la.
Harapan
Lepas ni nak juai banyak2 pulak. Tu yang nak cari ramai wakil. Nak bagi lebih ramai merasa guna.
Nak jadi stokis atau agen, whatsap saya cepat sebelum orang lain booking area tu. Kami bagi 1 kawasan 1 stokis aja... ±60194402211 (cheguman). Atau, cuba taip minyak morhabshi dalam google. Taip minyak morha pun boleh kot...
Link berkaitan:
Page
Blog
Portal rasmi
Store online
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.