Kita selalu dengar, wang adalah sejenis alat.
Apakah alat lain yang selalu kita guna?
Tukul untuk mengetuk dan mencabut paku.
Dapur untuk memasak.
Kereta untuk bergerak lebih pantas.
Jam untuk kita tahu waktu.
Oleh kerana wang hanyalah alat maka kenapa kita begitu taksub pada kertas bercetak itu? Ya, kerana wang adalah alat serbaguna. Wang diperlukan oleh sesiapa sahaja. Boleh digunakan untuk hampir semua perkara.
Wang laku di mana2.
Wang boleh menyelesaikan hampir semua masalah. Memanglah money is not everything tapi verything is money.
Namun perlu diingat satu2 masalah itu bukan hanya ada satu penyelesaian. Wang hanya salah satu darinya. Seringkali wang menyelesaikan satu masalah sambil menerbitkan satu masalah lain.
Apabila semua orang mahukan wang maka ia menjadi mahal. Wang akan hilang nilainya apabila dikeluarkan terlalu banyak atau apabila orang tidak lagi inginkannya.
Selagi hidup, kita memang guna wang. Orang mati dah tak perlukan wang. Namun ramai yang mati kerana wang.
Sepatutnya kita gunakan wang untuk mendapatkan perkara lain. Anehmya ramai yang mencari wang sehingga lupa tujuan asal mencari wang.
Kita perlukan wang kerana kita percaya ia alat ajaib yang mampu menukarkan impian menjadi kenyataan.
Kita boleh tukarkan wang dengan makanan. Kita boleh tukarkan wang menjadi kelajuan. Bahkan kita boleh tukarkan wang menjadi tenaga. Upah pekerja.
Apapun, walaupun kita boleh beli makanan namun kita tidak boleh beli kekenyangan. Kita boleh beli kelajuan namun tidak semestinya kita boleh tiba di tempat yang dituju dengan selamat. Kita boleh tambah tenaga dengan wang namun tidak sentiasa dapat selesaikan masalah yang dihadapi.
Justeru jangan cari wang. Carilah kebaikan yang Allah berikan pada wang. Ada halal haramnya.
Cheguman Morhabshi.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.