Pernah dengar cerita helang tua? Saya mendapatnya lebih 10 tahun lalu dari seorang motivator.
Petang ini saya tulis semula kesah hebat ini untuk tatapan sahabat morha semua.
Helang memang makhluk yang Allah jadikan hebat sehingga kerajaan amerika mengabadinya pada matawang negara gergasi itu.
Namun ketika usia 40 tahun, helang menjadi terlalu tua. Paruhnya yang suatu ketika dulu gagah memagut dan mengoyak daging mangsa semakin membengkok hingga sukar untuk makan.
Kuku kakinya yang suatu ketika menjadi senjata amat digeruni kini melengkung dan sukar digunakan bagi meragut dan mencengkam mangsa.
Pilihan yang ada pada sang helang ialah samada menunggu saat mati kebuluran atau bertindak menukar dirinya menjadi helang baru yang perkasa.
Maka sang helang terbang ke atas puncak sebuah gunung. Di situ sang helang mencari seketul batu yang keras. Sang helang mula mencakar permukaan batu dengan kuku tuanya sehingga patah dan tercabut.
Kemudian sang helang mematuk pula pada batu itu dengan kuat sehingga paruhnya rekah dan pecah.
Proses tersebut memang amat menyakitkan. Darah merecik keluar membasahi batu dan bulunya. Namun sang helang tekad melakukan.
Setelah selesai tugas berat tersebut maka sang helang terkulai kepenatan. Ia perlu berehat panjang.
Dari sehari ke sehari pada muncungnya mula tumbuh paruh baru. Begitu juga jarinya. Kuku baru mula tumbuh dan semakin hari semakin panjang.
Sampai masanya sang helang mendapati dia telah mendapat kembali paruh dan kuku sebagaimana ia muda dulu.
Dengan kekuatan dan keyakinan baru sang helang meluncur ke udara meninggalkan puncak gunung.
Sang helang kembali menjadi raja untuk 40 tahun lagi sehinggalah maut sebenar menjemputnya.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.