Rasanya sebelum maghrib hari yang sama tak ada smartphone yang tidak ada salinan laporan polis kes penahanan suspek kes pembunuhan lebih 20 pelajar tahfiz. 5 wajah anak remaja ditatap oleh seluruh rakyat termasuk ibubapa mereka sendiri.
Remaja...
Ibubapa..
Sangat rumit.
Kalau kita kata salah remaja maka mereka adalah anak2 kita. Kalau kita kata salah ibu bapa, maka kitalah ibu bapa. Tak kena kat kita, takpa. Kalau nak kata anak kita terpengaruh dengan anak orang lain kena faham bahawa anak kita adalah anak orang lain pada orang lain. Sampai bila nak salahkan orang lain?
Insiden kali ni terlalu mahal harganya. Terpulang samada kita mahu menunggu Allah beri amaran lain pulak atau kita mahu menjadikan kes ini sebagai titik mula perubahan.
Allahu akbar. Ini bukan sekadar ujian bahkan mahu kita bertindak. Banyak yang kita telah buat silap. Semua pihak kena muhassabah diri terutama saya sebagai seorang guru dan juga seorang bapa.
Cheguman,
Morhabshi
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.