Wednesday, April 25, 2018

Ahli pas kena pecat

Siri masin mulut Demang (41)


Ini cerita pelik. Ahli pas tak dibenarkan undi pas. 


Pilihanraya adalah masa untuk rakyat menapis pemimpin. Secara teorinya sepanjang 5 tahun calon² dah bekerja untuk jadi wakil rakyat.

Bagi yang memang dah jadi wakil rakyat dah tak perlu berkempen. Biar pengundi nilai hasil kerja anda.

Bagus atau tidak, pengundi dah boleh nilai.

Selain menilai pemimpin, pengundi juga kena nilai diri sendiri. Adakah kita rakyat yang baik sehingga perlukan pemimpin yang baik. Kalau kita memang ahli neraka memang sesuailah dapat pemimpin yang huru hara peribadinya.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kalau kitapun jenis maki² orang serta tak peduli pasal silaturrohim dan hati orang  maka demikianlah pemimpin yang Allah hantar untuk kita.

Kalau kita jenis yang suka viral tohmahan dan fitnah tanpa usul periksa kenapa kita nak harapkan pemimpin kita baik? Oo.. Nak harapkan dia dapat bimbing kita?

Maknanya kita sedia masuk syurga jika ada orang sudi bawa kita? Kalau tak ada orang begitu, biarlah. Tengok nasib la.

Yang peliknya ada guru agama bergelar ustazah pun sibuk viral tohmah isteri pemimpin. Tak diperiksanya dulu. Main percaya sahaja mesej yang diterima.

Jika yakin dengan menyokong pas dapat pahala maka kenapa nak buat dosa sebar fitnah?

Ahli pas begini elok dipecat sahaja. Jangan benarkan dia undi pas. Nanti tak berkat.

Waalahu'alam.

Bersambung parti baru pas tiruan

Artikal sebelum: ikut suka agong lantik pm

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.