Monday, April 16, 2018

Ahli umno undi pas

Siri masin mulut Demang (15)


Kalimah arrohim ada dalam silaturrohim. PRU adalah masa untuk kita mengejapkan silaturrohim. Kita kena pandang ikut situ.

Kalau kita lihat dari persepsi buruk maka pilihanraya jadi tempat berpecah belah.

Allah beri mata pada kita. Letaknya di kepala, berhampiran dengan otak. Fungsi otak ialah memberi nama pada perkara yang kita lihat, secara fizikal.

Namun yang menentukan perkara itu baik atau tidak, datang dari hati kita, bukannya otak. Jika hati masih ada tompok² hitam maka kita akan mentafsirkan sesuatu yang dilihat sebagai negatif.

Itu sebabnya dalam grup wasap ada yang kecik hati, ada yang merajuk, ada yang marah², selepas membaca mesej. Setelah disiasat sebenarnya pengirim hanya niat bergurau.


Rupa²nya apa yang kita tulis tak sama dengan apa yang orang baca. Dalam teori komunikasi ada penghantar dan penerima. Di tengah²nya ada kod. Penerima kadang² tak faham 100% kod yang dihantar itu.

Kita yang hantar kod pun kadang² tak pandai guna kod yang betul. Akhirnya terbalik kod.

Yang nak kita bersihkan ialah hati kita.

Malam tadi Demang di pantai Tg Bidara, berkelah dengan keluarga. Menyewa challet budget milik pengerusi jkkkk. Cindai Challet ni sederhana tapi selesa. Menganjur hingga ke pantai.

Menjelang tengah malam Demang terserempak dengan orang kampung sedang pasang bendera BN.

Demang ajukan cadangan PAS dan UMNO bekerjasama bagi mengelakkan sama² putih mata melihat calon parti serpihan PAS dan parti yang kecewa dengan UMNO menang.

"Kita tak pernah kacau orang PAS dan mereka pun tak pernah kacau kita." kata seorang lelaki yang sibuk mengikat bendera BN.

Demang nampak sesuatu yang sangat positif sedang berlaku dalam PRU ini.

Mari kita sama² sebar aura positif seluas²nya.

Bersambung

Sebelum ini: kombinasi umno-pas

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.