Tuesday, April 10, 2018

Antara ciri wakil rakyat yang kita nak


Kebetulan tadi Demang ke pasaraya besar di melaka untuk mencari khemah. Tanpa disangka Demang terserempak dengan Dato Bakar Mat Diah.

Beliau memang sempoi; bersandal serta berkemeja lusuh. Seorang diri.

"Eh, datok." Demang tergamam sambil bersalam dengan beliau. Tak sangka.

"Prof nak beli apa?" tiba² satu suara lain menegur.

Dari panggilan profesor tersebut Demang agak yang menegur itu bekas pelajar utem. Demang pula panggil Datok sebab itu gelaran tertinggi beliau.

Demang pernah menjadi pelajar di utem dan pernah sama² dalam Ngo dengan beliau. Pernah sama² terlentang penat kacau dodol di bulan puasa.

Demang rasa orang macam datok bakar tak perlu ada parti untuk menang lagi, jika tercalon.

Rupa²nya beliau pun nak cari khemah. Bersusah payah beliau angkat sorang² khemah² itu. Demang nak tolong, tak dibenarkan.

"Nak bagi orang," katanya. Mungkin dia rasa pahala sedeqah dia akan berkurangan jika Demang tolong.

Demang serba salah nak tulis hal ini. Bimbang pembaca kata Demang sengaja nak berkempen.

Tapi Demang akan lebih menyesal kalau tak tulis sebab ciri² wakil rakyat yang orang ramai nak, ada pada datok bakar.

Artikal tadi... Atas kertas bn menang


1 comment:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.