Tuesday, April 17, 2018

Demokrasi bahayakan ummat Islam

Siri masin mulut Demang (20)
Kemalangan selalu berlaku apabila masing² tidak mahu beralah.

Melihat pada kedudukan orang Islam dalam sistem demokrasi memang menakutkan. Kita sentiasa dalam keadaan bahaya. Bila² masa sahaja boleh tumbang. Silap² boleh hilang.

Kita tidak ada kekuatan bahkan jika adapun tidak boleh digunakan. Demokrasi adalah sistem rapuh dalam peradaban dunia.

Dikatakan demokrasi bermula pada zaman Yunani sekitar abad ke-6 sebelum masihi hingga ke-3 sebelum masihi.

Ertinya demokrasi sudah ada 300 tahun sebelum kelahiran nabi Isa alaihi salam. Ini juga bermakna sebelum kerasulan nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Rasulullahi sallallahu alaihi wasallam pernah ditawarkan menjadi raja sebagai pertukaran agar baginda tidak meneruskan syiar Islam namun baginda menolak.

Akhirnya baginda menjadi 'raja' tanpa dilantik oleh puak jahiliyah. Baginda menjadi 'raja'  yang tidak bersultan di hati sebaliknya sentiasa bertaqwa pada Allah taala.


Maksud 'raja' ialah semua arahan berpusat pada baginda seorang.

Kewafatan baginda diganti oleh empat orang sahabat bersilih ganti. Kemudian keluarga muawiyah mengambil alih diikuti bani abbasiyah.

Ini membuktikan bahawa sebelum rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak ada raja di Mekah.

Jika belum ada raja, apakah sistem yang mereka amalkan?

Kini barat mempromosi demokrasi dengan lebih giat. Kita yang pernah dijajah barat mengikuti dengan sedikit ubah suai.

Kita ramai tapi tidak mampu buat keputusan. Bukan tidak mahu tapi tak mampu. Kita terikat dalam belengu demokrasi. Allah taala mengikat kita dalam takdirnya.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah memberi amaran bahawa ummat Islam di akhir zaman seperti buih di tengah lautan.

Jika jadi begini ketiga² pihak rugi. Masa tu baru nak menyesal

Takut?

Jangan takut keadaan itu sebab ada perkara lain yang perlu kita lebih takut. Takutlah pada Allah taala. Ittaqullah.

Berdoalah kerana doa itu satu azam untuk kita lebih dekat pada Allah subhanahu wa taala.

Kita berdoa: "Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik dari semalam." Ertinya kita berazam untuk lebih hampir dengan Allah taala.

Sememangnya dari sehari ke sehari kita makin hampir untuk kembali pada Allah azza wajalla. Moga kita dapat kembali dalam keadaan Allah taala redho, bukannya Allah subhanahu wa taala murka pada kita.

Allahumma salli ala saiyidina muhammad wa ala alihi wa sallam.

Wallahu alam bissawab.

Bersambung.
Artikal sebelum ini: kiraan mahathir PAS kalah teruk.
Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula




5 comments:

  1. Dr segi sejarah umat awal Islam, bgmn cara ulil amri dipilih, tidak ditunjukkan secara khusus / spesifik. Nabi saw dipilih Allah swt. Saidina Abu Bakr r.a. dipilih secara musyawarah umat, Saidina Umar r.a. ditunjuk / dipilih oleh Saidina Abu Bakr r.a., Saidina Uthman r.a. dipilih oleh majlis syura yg dipilih oleh Saidina Umar r.a., Saidina Ali r.a. terpilih secara tergempar oleh umat setmpt selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman r.a., Saidina Muawiyah terpilih semasa majlis Tahkim. Selepas dr itu pula, pimpinan umat kbnyknnya diangkat secara monarki. Jelasnya tiada cara khusus yg ditunjukkan. Prinsip asasnya, ulil amri atau pimpinan umat Islam, mestilah dipilih oleh umat Islam sendiri, dan mestilah juga seorg muslim yg sekurang kurangnya tidak meninggalkan solat solat fardhunya.

    ReplyDelete
  2. Konteks negara kita ulil amrinya adalah agong dan sultan sultan. Wakil wakil eksekutif sahaja yg dipilih secara demokrasi, dan kita rakyat diberi kuasa utk memilih wakil wakil eksekutif berkenaan. Gunalah kuasa yg diberi itu utk memilih yg terbaik, tidak semestinya yg terbaik agamanya, tp yg terbaik mengikut maslahahnya. Dlm sejarah Musab Bin Umair r.a. dipilih Rasullullah saw mewakili Baginda ke Madinah selepas Perjanjian Aqabah yg pertama sedang ramai lg sahabat yg lbh senior. Begitu juga Usamah Bin Zaid r.a. dipilih mengetuai satu pasukan jihad diakhir kenabian sedang beliau seorg yg masih sgt muda ketika itu. Kerana itu, sesama Islam, pilihan tidak semestinya yg terbaik agamanya, tp mengikut maslahah dan kemampuan spesifik diri masing masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ulasan tuan. Harap dapat terus beri pandangan. Saya sangat berbesar hati

      Delete
  3. Saya dari dulu meragui dan tidak menyukai sistem 'demokrasi' acuan barat ini. Sistem ini mudah dimanipulasi melalui pemikiran dan doktrin. Bertuhankan demokrasi suara rakyat suatu yang jelik seolah-olah rakyat itu terlalu besar, akhirnya ia akan terbabas kerana terlalu mengagungkan suara rakyat.. akhirnya melanggar prinsip Ketuhanan, rakyat lebih 'dituhankan'. (Nauzubilllah). Inilah yang berlaku semenjak laungan topeng golongan kuffar atas nama reformasi Anwar Ibrahim!

    Laungan demokrasi hanyalah lebih kepada kuasa mana yang dominan dalam menguasai pemikiran. Jadi jika kejahatan berleluasa dan golongan itu yang menguasai pemikiran, rakyat yang begitu juga akan memilih pemimpin yang tak betul.

    Contoh bila DAP sekarang sudah dianggap 'mesra' Melayu dan Islam melalui doktrin2 palsu, jadi minda orang Islam sendiri sudah terpedaya dan rosak. Akhirnya sanggup reda memilih kafir laknatullah ini atas alasan menjatuhkan 'kleptokrat', slogan2 kuffar yang cukup mudah meresapi minda rakyat yang jahil dan lemah jatidiri.

    Walaupun dalam Islam tiada mekanisme khusus ditetapkan, tapi penetapan asas Iman dan Taqwa itu sudha jelas. Pemilihan Ulul Amri yang bagaimana, dan sistem yang diamalkan ialah lebih kepada penetapan Syura.

    Syura /mesyuwarah telah mengatasi 'pilihanraya' dimana calon terbaik telah ditapis melalui SYura yang menentapkan syarat2 calon yang menepati kehendak Islam. Jadi calon2 terbaik ini akan masuk bertanding. Seolah2 ialah demokrasi tetapi telah terpimpin oleh sistem Islam.

    Jadi mana2 calon yang menang tetap yang terbaik..tidak akan melampau prinsip atau melanggar Islam. Sistem ini sebenarnya dulu telah di amalkan oleh PAS. Sebelum PAS mengalami kerosakan dalaman oleh kemasukan golongan liberal.

    Wallahualam

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.