Foto sebuah kampung di Melaka. Sesiapa yang pernah tinggal di negeri hang tuah ini faham bahawa orang melaka tak suka gaduh² atau pecah belah. Pembangkang kena faham.
Ada cadangan umno dan pas dijadikan satu parti.
Nanti akan tinggal seorang presiden. Siapa yang sedia tarik diri?
Bagi Demang, tak perlu jadikan satu parti untuk ummat Islam. Biarkan begini saja macam dulu. Jika hanya satu parti yang monopoli, pengundi yang rugi.
Demang bercakap dari sudut sistem, bukan pandangan hakikat, apalagi makrifat. Sementelah Demang bukan lah ahli.
Bukan apa, nanti ada orang yang kata kita wajib bersatu. Itu Demang setuju cuma yang perlu difahami ialah penyatuan bukan semestinya masuk satu parti.
Kata pejuang, tidur lain bantal tapi mimpi perlu sama.
Kalau umno tak betul dan berdegil dengan caranya, pas boleh take over semua orang Islam untuk bagi undi pada pas pula.
Demang sokong mana yang baik. Kalau PKR atau PAN nak berpakat dengan DAP, itu mereka punya pasal. Demang dengar bab logo pun jadi hal.
Kata wan azizah, nak senang guna logo PKR.
Untuk tempahan iklan
Hubungi admin
Minyak Morha
10 herba terbaik dunia di dalamnya
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.