Thursday, April 12, 2018

Hantu attantuya, gst dan 1mdb

Siri masin mulut Demang (5)


Mendiang karpal sigh, peguam pemerhati bagi pihak keluarga altantuya pun tak pernah kaitkan Najib Razak dengan kes ini. Padahal dia dibayar untuk itu. Dia lupa lah tu.


Demang terpaksa cepat² sikit tamatkan pembongkaran misteri ini. Ada perkara lain yang lebih penting untuk dilagang sebelum rakyat keluar mengundi.

Isu attantuya adalah kes yang telah selesai. Kenapa Tun ungkit semula pada awal penentangan beliau pada Najib? Tun tak faham undang² kah? Fikirkan yang tersirat.

Demang pernah dengar sendiri dari mulut mantan timbalan pendakwaraya dalam kes altantuya bahawa Najib Razak tidak ada kena mengena langsung dengan altantuya. Yang patut ditahan dan dibicara semula ialah Razak Baginda.


Isu Altantuya yang dikitar semula itu kemudiannya hilang begitu sahaja sebab Tun tahu, melayu mudah lupa.

Isu GST mengambil tempat walaupun Tun amat faham tentangnya. Hampir semua negara mengubah dari SST kepada GST bagi menghadapi globalisasi.

Sifir mudah yang sepatutnya diguna oleh peniaga ialah:
Harga Asal tolak cukai lama 10% (SST) kemudian baru campur 6% (GST). Jawapan sepatutnya ialah harga pengguna akan lebih rendah.

Penguatkuasaan harga selepas GST yang lemah itu cerita lain.

Tun faham dan pemimpin pembangkang lain juga faham. Tun faham bahawa rakyat akan percaya cakapnya. Begitu juga para pemimpin parti pembangkang lain.

Cuma yang puak kuffar tidak tahu ialah sifat manusia memang pelupa. Maklumlah, kebanyakan parti pembangkang adalah bukan muslim. Kaitan manusia dan perkataan pelupa itu mereka tidak tahu.

Isu yang paling besar ialah isu 1MDB.

Bersambung.

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula



No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.