Sunday, April 29, 2018

Nama Ketiga² calon sama huruf

Yang Demang Sedang Fikir (08)


Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. 


Kita kata kebetulan tapi sebenarnya Allah beri isyarat untuk kita fikirkan.

Calon² yang bertanding di kampung Demang kali ini ada persamaan nama.

Umno: rizam
Pas: zamri
Pkr: mizar

Nama sama tetapi nasib berbeza. Sistem politik negara kita hanya membenarkan seorang sahaja pemenang, walaupun hanya berbeza satu undi.

Rugi tak? Kita bina musuh tradisi. Selama 5 tahun kita biarkan pemenang kerja sorang². Lebih rugi lagi apabila beliau ada seorang ketua pembangkang di kawasan tersebut.

Memang rugi apabila kita tinggalkan dua orang lagi pemimpin yang ada potensi dan kualiti. Bahkan kita gelar mereka pembangkang. Berapa ramai penyokong mereka?

Sepatutnya kita jadikan perbezaan pendapat untuk mempelbagaikan idea. Berfikir dalam kelompok sendiri yang sama fahaman aoan menghalang kita melihat sesuatu dari sudut lain.

Kita bukan betul semua dan mereka juga bukan salah sentiasa.

Apa kata kita tukar istilah pembangkang dan jadikan calon yang kurang undinya sebagai penyumbang?

Wallahualam.

Bersambung rahsia anak nik aziz jadi calon PAN

Artikal sebelum: calon ditolak

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.