Friday, April 13, 2018

Orang akan pilih pas

Pemandangan kelong di lukut

Siri masin mulut Demang (8)

Dalam laut luas ini ada berjuta pilihan makanan. Tapi pemancing percaya ada ikan yang akan pilih umpan yang dilemparnya.

Yang penting kena sabar. Ustaz pesan kena berdoa. Demang belajar masa ambil SRP dulu, tidak berubah qada melainkan dengan doa.

Kalau dah rezeki kita tak 'kan ke mana.

Era rahman sudah di penghujung zaman. Era selepas RAHMAN tentulah lebih hujung lagi. Segala ilmu manusia terkumpul di sini. Bakal pemimpin harus sedar itu sebab dia akan memimpin.

Kita pengundi pun kena sedar. Siapa yang kita percaya dapat memimpin kita kekal di jalan yang benar?


Orang melayu hari ini dah semakin baik. Masa zaman Demang sekolah dulu, ustazah pun cuma pakai skaf. Cikgu bahasa Inggeris tak usah cakap la. Mengerbang rambut dengan bermacam fesyen.

Pengundi melayu nak yang baik. Kalau ada yang kata nampak islamik tapi belum tentu baik, maka yang tidak islamik itu awal² lagi dah tak baik.

Zaman rahman kita baru merdeka. Selama 446 tahun di bawah kuasa kuffar. Bukan sedikit orang melayu yang minum arak kerana rasa terhormat.

Itu golongan atasan. Yang di bawah pun apa kurangnya.

Demang cuma nak kata kalau nak menang PRU kali ini, ciri islamik itu sangat penting. Itu asas.

Agaknya orang akan pilih PAS atau UMNO?

Bersambung

Artikal sebelum ini kalau bukan tun siapa lagi

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.