Wednesday, April 11, 2018

Seronok sekejap

Kanak² tak tau apa². Apa yang disogok, itu yang diterima. Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.

Masa kecik² dulu gula² rasa sedap sangat. Sampai sekarang pun budak² suka gula². Ibu bapa pulak, sibuk kontrol.

Apabila menjadi remaja, gula² bukan menurun kualitinya tapi kita jumpa benda lain yang lebih sedap. Seterusnya kita semakin dewasa dan mengingini yang lebih nikmat.

Ke mana gula² dulu? Masih ada tapi kita sudah tidak heran lagi. Kita inginkan yang lain.

Apabila di usia tua, semua yang pernah diinginkan telah kita rasa dan kita tinggalkan. Ada yang lebih baik dan lebih nikmat belum kita rasa.

Segalanya ada di syurga. Di situ terkumpul semua kenikmatan abadi. Kenikmatan dunia hanya sementara seperti gula² yang tidak lagi kita peduli.


Artikal sebelum ini

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.