Monday, April 9, 2018

Tips marketing untuk menang pru 14

Kebanyakan ahli PAS ikhlas meyokong Islam tapi pemimpinnya bercampur². Sebahagian besar yang sekadar teringin kuasa dah berpindah ke PAN. Elok lah.

Bisnes terbaik ialah jual apa yang orang nak.

Apa yang orang nak? Orang nak yang baik². Kalau boleh yang terbaik.

Apa yang terbaik? Sudah tentulah Islam. Maka apa sahaja yang islamik, lebih mudah dibeli orang.

Itu sebabnya ramai yang sukakan PAS. Orang UMNO kena SEDAR perkara ini. Istilah 'tak sedar' sinonim dengan sedang tidur, pengsan, atau mati.

UMNO sebenarnya parti Islam walaupun tiada perkataan Islam. Cuma ramai yang lupa. Kalau belum tahu kena buka nota sejarah. Jangan memandai² bercakap perkara yang tak tau.

Lupa dan tidak sedar itu berbeza. Tun Mahathir faham benar hal ini. Manusia memang bersifat pelupa. Itu sebabnya kita kena saling ingat mengingati.

Kalau UMNO nak menang lagi, ikhlaslah dengan Islam. Begitu juga PAS, jangan hanya pakaian sahaja Islamik. Hati kena benar² Islam.

Apa beza PAS dengan UMNO?

Ahli PAS ikhlas dengan Islam, pemimpinnya bercampur².
Pemimpin UMNO ikhlas dengan Islam, ahlinya bercampur².

Jangan marah, itu yang Demang nampak.

Rahsia silapmata (2)

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.