Saturday, April 14, 2018

UMNO dan PAS akan kalah

Siri masin mulut Demang (12)


Petang tadi tiada isu panas tapi Demang panaskan pengundi bahawa jika mereka rasa kerajaan gagal, sebenarnya merekalah yang gagal.

Kalau kita nak ubah kerajaan maka kita lah perlu berubah terlebih dulu.

Zaman RAHIM ialah zaman untuk menghadapi qiamat. Maka Malaysia perlukan pemimpin yang benar² mantap kerohaniannya, mantap syariatnya, mantap aqidahmya.

Pertama, singkirkan dulu pemimpin tong kosong. Sebahagain dalam PAS dah lari kepanasan. Mereka tubuh parti baru, PAN.

Sebahagian lagi daripada UMNO yang dah ditapis dan akhirnya menyingkir menubuhkan PKR dan Harapan.

Selama ini, kumpulan inilah yang jadi biang keladi, mensabotaj perpaduan Islam. Merekalah yang jadi penghasut supaya PAS dan UMNO sentiasa berperang.

Pernah dengar ceramah mat sabu yang tak ada saranan membina selain menyalahkan orang?

Ezam walaupun pernah kembali ke UMNO sebentar akhirnya tak boleh duduk lama dalam parti keramat itu. Panas.

Dalam PRU kali ini akan berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan Islam. UMNO-PAS-PH.

Mana yang nak kita pilih?

Kita ambil contoh satu kawasan di Melaka yang Demang sembunyikan namanya, tapi angka²nya betul. Demang bundarkan untuk mudah kita faham.

Pengundi melayu ada 16 ribu. Cina 7 ribu. Kaum lain 2000. Jumlah pengundi ialah 25 ribu.

Apabila kawasan majoriti melayu maka semua parti akan meletakkan calon melayu. Itu tradisinya.

Jika nonmuslim semuanya mengundi PH (PKR) maka automatik PH akan ada 9000 undi menanti.



Awal² lagi mereka dah menang.

Nonmuslim pasti akan undi penentang kerana itulah perjuangan mereka. Di situlah survival kaum mereka.

Baki 16 ribu akan dibahagi dua. Separuh akan undi PAS dan setengah lagi akan pilih UMNO.

Katakan 16 ribu bahagi dua maka UMNO akan dapat 8 ribu dan PAS akan tinggal 8 ribu undi.

Keputusannya, dua² kalah.

Maka PH samada PKR atau PAN atau Harapan akan menang dengan mudah.

Dua² gigit jari.

Bersambung

Artikal sebelum ini memimpin melayu malas

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula


4 comments:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.