Friday, April 27, 2018

Cerita raja dan kendi ajaib

Yang Demang Sedang Fikir (01)
Bagi yang kenal Demang, kenal lah. Yang belum kenal, teka lah. Apapun Demang tak sorok identiti. Pengguna minyak morha dah berpuluh, atau beratus ribu kalau pun belum berjuta tahu siapa cheguman. 

Siri Masin Mulut Demang tamat semalam. Ada 44 artikal yamg Demang telah siapkan dan hampir semua disiarkan dalam blog waadat ini.

Maklumlah; yang menulis Demang, yang jadi editor pun Demang, dan yang luluskan penyiaran juga Demang. Ikut suka Demang lah.

Kata orang kalau cukup 44 orang kata 'mulut Demang masin' maka masin betul lah jadinya. Demang tak mahu itu terjadi maka Demang hanya siarkan untuk tatapan umum 41 sahaja.

Jangan serius sangat, Demang gurau.

Dalam siri baru ini Demang mulakan dengan sebuah kisah rekaan. Jangan sesekali jadikan hukum atau hujah.

Pada suatu hari raja mengadakan jamuan. Anehnya dalam majlis itu tiada makanan.
Cuma disediakan 3 stall minuman.

Pada stall pertama seorang pelayan menunggu. Apabila tetamu datang ke situ diunjukkan sebiji gelas.

"Nak air apa?" tanya pelayan.
"oren." kata tetamu.

Pelayan itu pun mengambil cerek bertanda oren dan menuangkan pada tetamu tersebut.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Datang lagi seorang tetamu, soalan yang sama ditanya. Jika tetamu itu mahukan oren maka dia akan tuang dari cerek bertanda oren. Jika tetamu mahu mangga, diambilnya cerek mangga. Apabila diminta air laici maka cerek laicilah yang diangkatnya.

Begitulah seterusnya.

Di stall kedua agak berbeza. Apabila tetamu hampir ke tempatnya tidak diberikan gelas terlebih dulu. Sebaliknya pelayan tersebut akan bertanya jenis minuman yang dikehendaki.

Apabila tetamu menyebut oren barulah diberi sebiji gelas. Kemudian dituangnya air dari sebiji kendi. Namun apabila tetamu melihat pada minumannya, betullah ia adalah oren.

Kemudian jika tetamu lain datang, ditanya lagi jenis minuman yang diminta. Jika tetamu itu meminta air epal, diberinya sebiji gelas.

Kemudian diangkatnya kendi yang sama tadi dan dituang pada gelas. Anehnya apabila tetamu itu merasa minumannya, memang sama seperti yang diminta iaitu air epal.

Seorang demi seorang tetamu dilayannya begitu. Macam² permintaan mereka. Ada oren, epal, laici, jambu, dan asam.

Tidak seperti stall pertama tadi yang menyediakan 5 cerek berbeza namun pelayan stall kedua ini hanya menggunakan satu kendi.

Dari kendi yang satu itulah setiap tetamu menikmati minuman yang dimintanya. Masing² ada citarasa sendiri.

Ustaz radzi melissa penyanyi lagu untuk nabila. Bapa saudara Demang ini dilantik sebagai chairman minyak morha.

Pada stall ketiga tidak ada pelayan yang menjaga. Setiap tetamu mengambil sendiri gelas yang disediakan dan menuang sendiri dari mana² jar yang disediakan. Ada 5 jar di situ.

Mana² jar yang mereka ambil dan dituang ke mana² gelas pun, rasaya sama.

Di penghujung majlis, raja menitahkan Demang menjelaskan persoalan minuman tadi.

Pada stall pertama, ia adalah keadaan biasa iaitu tetamu diberi apa yang mereka minta.

Pada stall kedua sebenarnya tetamu dah tetapkan perasa. Pelayan hanya menuangkan air kosong dan sekadar menserasikan serbuk perasa yang memang telah ada dalam gelas.

Manakala pada stall ketiga semua jar berisi air kosong dan tetamu hanya tadah dengan gelas yang benar² kosong.

Terpulang pada pada anda untuk pilih stall yang mana. Biasanya orang akan pilih yang kedua.

Singgah di blog ini sekadar mengisi masa. Kita santai² sahaja.

Demang menulis tiada upah dari sesiapa. Sambil² jual minyak morha keluaran keluarga Demang. Pengasasnya seorang ulama iaitu datuk Demang.

Sambil² baca boleh klik gambar produk. Dah ramai yang guna. Di tangan Demang sudah lebih 20 tahun. Jamgan bimbang, minyak morha didaftar dengan kementerian dan morha dilindungi hak ciptanya.

Alhamdulillah, Allah beri kebaikan dan ramai yang mendapat kesembuhan dengan izin-Nya.

Wallahu'alam.

Bersambung masjid umno jemaah pas

Artikal sebelum: parti munafik

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.