Wednesday, April 11, 2018

Yang disuruh dan yang mengikut

Moga kita sentiasa di jalan yang lurus, jalan yang diredhoi-Nya.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (SAW) itu pesuruh Allah. Kita ini pengikut baginda.

Sebagai pesuruh, nabi Muhammad SAW perlu buat apa yang Allah suruh. Sebagai pengikut kita ikut apa yang baginda buat.

Antaranya, menyampaikan dakwah. Walau sikit, kena buat. Samada orang terima atau tidak, itu bukan tanggungjawab kita.

Hidayah milik Allah taala.

Rasulullah SAW membantu orang maka kita kena bantu orang. Rasululullah SAW berkhidmat pada masyarakat, kita kena berkhidmat pada masyarakat.

Kita peringatkan orang sekeliling tentang kebaikan sebab Rasulullah SAW pernah buat begitu.

Semua itu kita buat kerana Allah taala jadikan jin dan manusia yakni kita untuk mengabdi diri pada-Nya.

Macamana cara nak mengabdi? Ikut cara rasululullah SAW.


Untuk jadi pengikut rasulullah SAW kena tahu apa yang baginda buat. Kalau tak, macamana nak ikut.

Rasulullah SAW dah wafat lama. Maka kita kena belajar daripada orang yang pernah belajar dengan baginda.

Jika orang itu pun dah tiada, tentu ada muridnya. Jika itupun dah meninggal dunia, insyaallah ada orang yang pernah belajar dengannya.

Itu yang dikatakan nasab. Ada sahabat radiallahuanhum, ada tabi', ada tabi' tabi'in, dan ada ulama pewaris nabi.

Kembali pada pru-14, wakil rakyat adalah pemimpin setempat. Tak perlu ulama atau ustaz tapi jika ia ada ciri² pemimpin setempat, itu lebih baik.

Nak pilih umno atau pas tak ada masalah. Yang penting, dia takut pada Allah.

Saya ada seorang sahabat yang jadi wakil rakyat. Ustaz syed ibrahim di kerdau pahang. Orang kuala krau, pahang. Dulu sama sekelas di sm khairiah temerluh.

Saya dapati beliau serba boleh. Di balairaya, di padang bola, lebih² lagi di masjid. Pergaulan dengan masyarakat setempat pun amat baik. Dengan loghat pahangnya yang agak pekat, beliau mudah didekati untuk minta bantuan.

Ok. Demang memang berkempen supaya dia dapat jadi calon dan menang. Sebab apa Demang kempen untuk dia? Sebab Demang tak kenal calon lain di situ. Kalau pengundi rasa orang itu lebih baik, silakan.

Wallahu'alam.

Catatan Demang sebelum ini

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.