Friday, April 6, 2018

Yang kutip dan yang makan duit gst


Apabila najib umum kenaikan gaji luar biasa, barulah kakitangan kerajaan sedar bahawa itulah salah satu kebaikan gst.

Demang guna je istilah 'sedar' walaupun Demang tak pasti berapa ramai yang benar² sedar.

Selama ini kita sangka najib dan rosmah sahaja yang kaut masuk kocek duit kutipan gst. Rupa²nya kita pun sama² makan.

Demang sedang tunggu berapa ramai yang akan pulangkan semula duit itu atas alasan diambil secara zalim dari rakyat.

Demang gurau je.

Satu yang Demang suka najib ialah apabila ada masalah besar atau ada perkara besar nak dibuat, dia akan mengadap Allah taala di kaabah.

Ya lah. Dia ada duit. Kita pun kalau ada duit, tiap² tahun buat umrah.

Sementara tu, hari ini hari jumaat, kita ke masjid untuk dengar khutbah dan solat berjemaah.

Doakan yang baik² untuk negara kita. Kejayaan tidak boleh dicapai semata² melalui perjuangan sebaliknya hanya dengan doa.


'Firaun dimaafkan'



Minyak Morha




No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.