Wednesday, June 20, 2018

Kisah benar cerita pagi tadi

Karektor derwish karya pelukis budin sekadar hiasan.

Pertama kali saya jumpa dia di masjid, saya tahu dia bukan orang biasa. Bukan normal macam kita.

Tapi saya tak rasa dia gila. Statusnya mungkin kurang siuman. Hampir setiap kali saya ke masjid dia ada, termasuk subuh.

Pagi tadi saya singgah minum di sebuah warung. Kebetulan beberapa orang yang turut pulang dari masjid ada di situ. Antaranya seorang profesor dan 'pemuda kurang siuman' itu.

Memang profesor itu selalu bawa dia keluar minum. Malam tadi pun kami sama² ke warung mamak berhampiran masjid sementara menunggu isya. Turut sama ialah seorang Dato Dr.

Selepas pemuda itu beredar saya ambik kesempatan bertanya latar belakangnya. Dah lama saya nak tanya sebenarnya.

Rupa²nya pemuda itu jadi begitu selepas dipukul dan cedera teruk di bahagian kepala. Ekoran kejadian itu dia jadi 'kurang siuman'.

Sekurang²nya begitulah tanggapan orang ramai. Tapi saya tak pernah lihat dia kacau sesiapa. Cuma sesekali dia meminta rokok.

Antara yang diceritakan profesor tersebut ialah:
1. Hari raya baru² ini pengerusi masjid yang juga seorang jutawan meminta pemuda itu ke rumah beliau. Jika dia datang maka akan diberi duit raya rm100. Tapi pemuda itu ambik keputusan ikut profeaor beraya di rumah beliau dan melepaskan peluang rm100 itu. Katanya, dia taknak duit rm100 tu sebab akan mengikatnya pada pemberi. Dia taknak terhutang budi.

2. Hampir setiap hari seorang pak aji beri dia rm1. Pada suatu hari pemuda itu memberitahu pada pak aji tersebut: saya ambil bukan kerana saya nakkan sangat rm1 ni tapi kerana ini adalah saham pak aji di akhirat.

3. Seorang lelaki ingin memberinya wang yang agak banyak. Kata pemuda itu, saya boleh terima dengan syarat duit tu saya akan bayarkan bil air 10 buah surau. Orang itu setuju dan pemuda itu melaksanakan bayaran bil air lebih kurang rm1200 itu.

4. Menjelang raya mana² jemaah yang berjaya khatam quran akan mendapat hadiah. Pemuda itu khatam dua kali sepanjang ramadhan tapi emggan menjadi penerima. Katanya pahala khatam quran itu dihadiahkan pada ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Saya termenung mendengar cerita profesor tersebut. Betapa saya masih tercari² harta dunia sedangkan pemuda yang dianggap kurang siuman tersebut menikmati kebahagian dengan cara sendiri.

Ada beberapa peristiwa lagi yang tak saya kongsikan di sini. Mungkin lain kali.

Oh ya. Setiap bulan pihak MAIM memberinya rm400 dan dia membalasnya dengan membersihkan 4 buah masjid sekitar.

Biasanya kesah begini hanya timbul selepas orang itu tiada tapi saya kongsikan sekarang moga² kita mendapat iktibar.

Moga beliau kekal begitu sehingga Allah taala menjemputnya ke alam kekal abadi.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.