Saturday, September 29, 2018

Laluan penuh duri anwar di PD


Barisan calon PRK Parlimen P132 Port Dickson (dari kiri) Saiful Bukhari, Stevie Chan, Anwar, Mohd Nazari, Mohd Isa, Lau dan Kan yang diumumkan bertanding bagi pilihan raya tersebut hari ini. --foto BERNAMA

Amat menarik menjadikan PRK PD kali ini bagi menganalisis suasana politik semasa.

Apa sebenarnya sedang berlaku?

Sebelum anda membaca seterusnya elok anda zoom pic kain rentang berikut, yang diregang di parlimen Bukit Katil, kawasan orang kuat anwar ibrahim, shamsul iskandar.

Kenapa kain rentang ini dipasang sekarang?

Apa maksud reformasi 20 tahun? Apakah perkara utama yang berlaku 20 tahun lalu?

Ia adalah pertentangan antara mahathir dengan anwar ibrahim. Apa penyebabnya itu bukan urusan Demang. Yang penting, reformasi tercetus dari pertembungan mahathir dengan anwar.

Hari ini mahathir akan bekerja bersama anwar semula selepas 20 tahun berseteru. Mungkinkah akan berlaku?

Bagi anwar, siapapun yang akan menjadi pasangannya tidak penting sangat. Yang penting, dapat kembali ke parlimen. Beliau dah ada pengalaman dikhianati, maka tahulah macamana nak hadapi sekali lagi.

Saya tak sentuh soal salah benar kes yang diperkatakan.

Minyak Morha dulu dikenali sebagai Minyak Morhabshi

Namun reformasi 20 tahun terlalu mahal untuk dilupakan begitu sahaja. Terlalu banyak luka dalam yang tidak boleh sembuh begitu sahaja.

Sekarang mari kita lihat posisi PRK PD.

Umno tidak meletakkan calon padahal ini peluang menokok kerusi di parlimen bagi menafikan penguasaan PH.

Sebaliknya pas diberi peluang menguji sokongan melayu pasca pru 14. Dua prk terbaru menunjukkan berlaku pengurangan undi melayu ketara pada kerajaan semasa.

Meletakkan 2 singa di atas sebuah bukit mungkin strategi umno.

Kemunculan saiful bahari setelah isu panas bersama anwar agak mengejutkan. Berani betul beliau padahal anwar sudah hampir pasti menang prk ini dan akan menjadi perdana menteri. Yakni orang paling berkuasa dalam negara.

Apa isyarat yang nak disampaikan saiful pada rakyat malaysia?

Isa samat kenapa turut serta? Memanglah PD kawasan sendiri tetapi imej beliau sudah tercalar teruk, lepas satu, satu.

Kehadiran calon² bukan melayu akan mengelirukan pengundi kaum² itu. Mana satu nak diundi?

Siapa yang memberi jalan pada mereka memecahkan undi? Ini boleh menyukarkan laluan anwar.

Demang dengar PM tiada dalam negara ketika ini. Bagi orang lama, ini mencurigakan.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

2 comments:

  1. What a contradiction when you said tidak sentuh salah-benar...yet the paragraph prior implying dikhianati.

    The law has taken its course and rakyat accepted it, whether we like it or not. Same goes with Najib. His days of reckoning are coming.

    With brader AI, when he invoked Agong's perceived words, then it fall back on the Agong to confirm what AI had said regarding his pardon, otherwise the Judiciary needed to be relooked on his Sodomy 2 case or even a retrial!

    But Agong has not said anything and the full extent of AI's pardon process and deliberation are not being explained henced, quite a few has already fired legitimate questions with no reply from Agong, AGC or Pardon Board or AI himself.

    Is it not somethings not right you think?

    By the look of it there is a snake in AI as much as you would think he is an angel?!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for your respon. 'dikhianati' tidak hanya berlaku pada kes baik sahaja. Dalam gengster pun ada yang khianat dengan menjadi informer polis.

      Delete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.