Saturday, March 30, 2019

Yang penting dah tak penting

Allahyarham Ustaz radzi melissa (kanan): pak menakan, sahabat, dan guru. 

Dulu² sekeping gambar sangat bernilai. Tak ramai yang ada kamera. Lepas snap, cuci dan simpan dalam album. Sampai sekarang masih ada.

Surat² pun gitu. Bukan saja surat rasmi, surat peribadi pun disimpan. Nak² pulak dari buah hati.

Bil air, letrik dll disimpan dalam fail khas.

Namun hari ni gambar berlambak². Bukan lagi setiap keluarga bahkan setiap orang ada kamera sendiri.

Allahu akbar, maha pencipta yang memberi ilham semua itu bagi melaksanakan takdir-Nya.

Minyak Morha

Itu baru gambar. Belum dikira lain² info seperti dokumen bertulis, audio dan video yang dulunya sangat sukar diperolehi apatah lagi dimiliki.

Bahkan kadang² rahsia kerajaan pun boleh diambil sesiapa sahaja.

Apabila ia mudah dan banyak, maka nilainya jatuh merudum. Kadang² tinggal kosong dan boleh jadi negatif.

Bila² masa dan di mana² saja boleh snap gambar. Setiap orang bukan saja ada gambar yang diambil sendiri malah setiap hari terima ribuan gambar dari orang lain.

Apabila terlalu banyak ia jadi tak bernilai. Ambil gambar tak disimpan. Orang bagi gambar, tak sempat nak tengok terus buang. Nak simpan pun esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan datang lagi berlipat ganda banyaknya.

Apabila hp rosak semua maklumat di dalamnya hilang. Namun ada yang kata simpan pada server luar seperti google drive dll selamat. Sebenarnya ada masalah lain pulak.

Salah satu sumber maklumat ialah media sosial terutama grup wasap. Mula² dulu,  baca satu persatu semua mesej. Gambar² dan info yang dianggap penting, disimpan.

Namun lama kelamaan dek terlalu banyak,  dah tak sempat nak urus. Akhirnya delete all. Malah ada yang dah tak boleh tahan, left grup.

Apabila left grup, langsung tak dapat maklumat dari grup berkenaan.

Persoalan tanpa solusi atau penyelesaian hanya menambah semak kepala. Jadi,  bagaimana?

Nak dikesampingkan saja maklumat²? Ada masa berguna pula. Nak disimpan dan dibaca semua, dah tentu tak larat dan tak sempat.

Satu masalah lagi ialah kesegaran sesuatu maklumat tak bertahan lama. Info semalam jadi basi hari ini. Esok sudah menanti maklumat baru yang lebih terkini. Lebih fresh.

Setiap detik ribuan orang mendapat idea baru dan dikongsi melalui pelbagai saluran termasuk fb, youtube, blog, portal dll.

Maklumat melimpah ruah.

Insya-Allah saya akan kongsikan nanti tips² menguruskan maklumat di zaman maklumat ini dari semasa ke semasa.

Teruskan bersama saya.




No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.