Saturday, April 27, 2019

Dia tak kata aqidah kita salah


Kita pelik tengok monyet atau monyet pelik tengok kita? 

Rasanya tak pernah orang kata cara berdepan, aqidah kita salah. Namun yang nyata aqidahnya tidak sama dengan kita.

Apa maknanya tu? Kenapa dia tak ikut kita?

Ertinya dia anggap aqidah kita salah dan aqidahnya betul. Cuma dia tak kata pada kita aqidah kita salah. Mungkin dia takut kita tumbuk muka dia.

Masa dia tak ada kuasa tak apalah. Apabila dah ada kuasa, hati²lah.

Penganut hindu, budha, atau kristian amat mudah dikenal. Awal² mereka dah isytihar aqidah mereka. Lagipun sekali imbas kita dah tau kepercayaan mereka.


Yang kita bimbang ialah penganut fahaman dalam Islam yang berbeza dengan kita. Apalagi melibatkan aqidah yang berasal dari satu tapi melencong ke arah lain secara perlahan².

Antaranya syiah, khawarij, atau muktazilah. Yang pertama tu paling bahaya. Mereka ada di negara kita. Barangkali ada yang dah jadi pemimpin kita.

Soal aqidah tidak hanya menjadi soal individu. Ia berubah menjadi rasa perlu untuk memperbetul aqidah orang lain. Ia juga cenderong menjadi fanatik dan mula memusuhi orang yang tidak sefahaman.

Perbezaan pendapat membawa kepada pertengkaran, pembunuhan dan kemuncaknya peperangan. Nau'zubillah.

Aqidah bukan hal kecil sebab ia melibatkan hidup, mati, dan hidup kembali.

Bersambung...

Roti canai rm8 sekeping
Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Rahsia isyarat sakit


3 comments:

  1. Agar tak silap memilih jalan, tak silap memilih pegangan, amalkanlah :

    1. Membaca surah Al Kahfi setiap Jumaat.

    2. Membaca doa doa ;

    1. Allahumma arina haqqa haqqan warzukna tiba'ah wa arina batila batilan warzuknajtinabah.
    (Ya Allah ! Perlihatkan kpd kami yg benar itu benar dan jadikanlah kami org org yg mengikutinya dan perlihatkanlah kpd kami yg batil itu batil dan jadikanlah kami org org yg menjauhinya).

    2. Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wa hablana minladunKarahmah innaKa AntalWahhab.
    (Wahai Tuhan kami, jgnlah Engkau palingkan hati hati kami setelah Engkau hidayahkan kami dan kurniakanlah kpd kami dr sisi Engkau rahmat, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemberi).

    3. Ya Muqallibalqulub tsabbit qulubana 'ala diniKa.
    ( Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, teguhkan hati hati kami di atas agamaMu).


    Ikhlaskan hati, terus meningkatkan ilmu, sentiasa merendah diri bersikap tawadduk, insyaAllah ditunjuki Allah swt kpd JalanNya yg benar.

    Ingat selalu ciri cirinya ahli Neraka (kasar, degil dan angkuh) jgn sesekali ada pd diri, jika terpalit walau sedikit, usahakan dgn bersungguh sungguh membuangnya.
    Ingat juga ciri ciri org org yg dicintai Allah swt ; tenang, tawadduk, lemah lembut bersopan santun, hendaklah kita usahakan utk menjadi sebhgn dr diri kita.

    Kpd rakan rakan beraliran syiah dan salafiyah-wahabiyah, ketahuilah silap dlm beraqidah bukan perkara kecil, salah memilih, sengsara berpnjgn kesudahannya.

    Apalah adanya dunia ini, paling buruk pun kematian menyelesaikannya. Tp jika sengsara di Akhirat, apatah lg yg salah beraqidah, sengsaranya tak berkesudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaallah. Moga kita dijauhi dari kesesatan.

      Delete
  2. Elakkan taksub berlebihan kepada sesuatu fahaman/tok guru kerana silap2 boleh sesat. Selain dari para nabi manusia biasa boleh buat silap fahaman/tafsiran.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.