Hari guru datang lagi. Ada guru kata, guru rai diri sendiri.
Bagi saya, guru adalah pendidik dan sekolah adalah tempat mendidik anak manusia.
Sambutan hari guru di sekolah juga satu proses mendidik murid². Nak ajar anak² cara meraikan sesuatu sebagai penghormatan dan penghargaan.
Memang la nampak macam guru rai diri sendiri. Maklumlah, buat program sendiri, beli hadiah sendiri, dan pesan kat murid bagi hadiah pada guru.
Di media sosial, guru sindir diri sendiri. Ada sedikit persamaan dengan pukul anak sindir menantu. Kalau lebih² jadi seperti meludah ke langit atau menepuk air di dulang.
Saya pernah diberi tanggung jawab anjur hari guru semasa tingkatan 5.
Kata guru berkenaan: "Azman, saya nak awak buat sambutan hari guru tahun ni."
Budgetnya kami minta derma dari guru². Saya ingat lagi ada seorang ustaz menyindir kami dengan menyebut hadis "tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah."
Esok saya diberi tanggungjawab menganjurkan sambutan hari guru peringkat sekolah.
Konsep kami ialah 'kenduri kampung islamik'. Kami akan buat secara gotong royong dan mematuhi hukum Islam.
Bagi saya samada majlis itu berjaya dengan sempurna atau tidak, bukanlah perkara utama. Yang penting dapat erat kerjasama dan ukhwah islamiyah kalangan guru dan pekerja.
Untuk murid pula akan diterangkan tentang konsep meraikan guru, ibu bapa, pemimpin, dan sebagainya sepanjang masa.
Moga Allah taala permudahkan.
Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping
Kucing jinak yang kejam
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.